Thursday, 12 April 2018

Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian?

Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian?  Pasar raya Aeon di Bandar Tebrau terpaksa ditutup, sehari selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan pengunjung di situ RM3,000 setiap seorang bagi membeli belah barangan keperluan.

“Seksyen pasar raya (di Bandar Tebrau, Johor) ditutup pagi ini sehingga notis selanjutnya.

Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian?  “Kami mohon maaf atas segala kesulitan,” umum pasar raya itu di Facebook mereka.

Seorang jurucakap Aeon ketika dihubungi berkata langkah itu diambil susulan kehabisan stok barang.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada ia ada kaitan dengan pembelian secara besar-besaran oleh pengunjung semala.


Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian? 


“Kami sedang menambah semula stok untuk bersiap sedia memberikan khidmat kepada pelanggan sekali lagi,” katanya kepada FMT.

Gambar troli diisi penuh dan dibiarkan terbengkalai di kaunter bayaran pasar raya tular di media hari ini.

Aeon bagaimanapun enggan mengesahkan gambar tersebut, sambil berkata ia sedang menyiasat.

Semalam, TMJ membuat kejutan di pasar raya itu, apabila tampil secara spontan beramah mesra dengan pelanggan, sambil mengumumkan akan menanggung semua perbelanjaan mereka.


Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian? 


TMJ dilaporkan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan.

“Saya bukan ahli politik. Saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” kata TMJ dalam muat naik di Facebook bersama gambar beliau mengumumkan “durian runtuh” kepada orang awam.

Kejutan Istana Johor Yang Tak Kesampaian? Ia beberapa hari selepas kenyataannya yang menasihatkan pengundi Johor supaya berhati-hati dengan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Terima kasih TMJ. Kalau beri kpd orang yg benar benar layak seperti golongan fakir miskin lg baik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...