Tuesday, 24 April 2018

Kejutan Buat Nurul Izzah

Kejutan Buat Nurul Izzah. Umno Pulau Pinang mengalu-alukan Nurul Izzah Anwar bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh dan menjanjikan kejutan untuk naib presiden PKR itu.

Pengerusi Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata mereka yakin penuh calon BN Datuk Zaidi Mohd Said akan memberikan cabaran hebat, sekali gus mencipta kemenangan.

Permatang Pauh adalah kerusi tradisi keluraga Izzah, sejak dimenangi kali pertama oleh bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1982.

Kejutan Buat Nurul Izzah. Zaidi, yang juga ketua bahagian Umno kawasan itu, berkata beliau sudah berkhidmat di situ beberapa tahun dan memahami isu-isu tempatan.

“Nurul ini kira baru di Permatang Pauh.

"Malah beliau sehingga kini masih dilihat teragak-agak untuk diturunkan bertanding di kawasan terbabit," katanya.

Beliau juga membangkitkan isu dalaman yang melanda PKR sekarang selain PAS kini tidak lagi bersama sekutu lamanya itu.

Kejutan Buat Nurul Izzah



Selain Nurul Izzah dan Zaidi, kerusi Permatang Pauh juga akan menjadi rebutan oleh calon PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudeen

Selepas mengharungi banyak drama, PKR akhirnya mengeluarkan senarai calon rasmi bagi pilihan raya umum ke-14 hari ini.

Senarai itu mengesahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Pandan sementara anak perempuannya, Nurul akan berpindah ke Permatang Pauh.

Kejutan Buat Nurul Izzah. Penyandang kerusi parlimen Pandan ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang tidak akan bertanding kerana menghadapi kes mahkamah. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Rakyat kena bijak sikit... biar BN kalah lagi di sana.. bila kalah baru bakal2 calun BN berebut2 bekerja lebih masa utk rakyat... byk manfaat2 yg diperolehi... ada faham..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...