Friday, 20 April 2018

Calon Lawan Mahathir Di Langkawi Masih Misteri

Calon PAS yang akan berdepan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi kekal misteri, walaupun selepas PAS Kedah mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) malam tadi.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi mengumumkan calon dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang juga sebahagian daripada pakatan Gagasan Sejahtera, akan bertanding di Langkawi.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon itu, menyebabkan semua pihak masih berteka-teki siapa yang dipilih untuk menentang pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Pada sidang media kemudian, Fakhruddin berkata, keputusan meletakkan calon Ikatan dibuat pimpinan pusat.

“Calon itu akan diputuskan dan diumumkan kemudian,” katanya ketika mengumumkan senarai calon parti Islam itu untuk 14 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks PAS Kedah yang disaksikan kira-kira 3,000 ahli dan penyokong.

Fakhruddin akan bertanding di DUN Pengkalan Kundor, di mana beliau akan berdepan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ismail Salleh.

Calon lain ialah bekas pemain bola sepak negara, Radhi Mat Din di kerusi Parlimen Pokok Sena, dan pendakwah YouTube, Shahril Long di kerusi Parlimen Sungai Petani.

Veteran PAS, Datuk Mohd Hayati Othman, yang pernah menjadi ahli Parlimen Pendang, akan bertanding di kerusi DUN Tokai.

Selepas PRU13, PAS mempunyai 1 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN.

Bagaimanapun, jumlah kerusi itu berkurangan apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melompat ke Amanah dan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah pula menyertai PPBM.

Ditanya mengapa Mohd Taulan Rasul tidak mempertahankan kerusi DUN Tokai, Fakhruddin berkata, beliau digugurkan disebabkan masalah kesihatan.

Penyandang yang akan mempertahankan kerusi masing-masing termasuklah Datuk Siti Aishah Ghazali di DUN Merbau Pulas, Romani Wan Salim untuk DUN Bukit Pinang, Ahmad Yahaya untuk DUN Alor Mengkudu dan Mohd Azam Abd Samat untuk DUN Sungai Limau. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...