Tuesday, 10 April 2018

Beza Antara Pakatan Harapan Dan Barisan Nasional

Beza Antara Pakatan Harapan Dan Barisan Nasional. Kerajaan Selangor berikrar tiada peruntukan baru bagi projek-projek susulan pembubaran Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata majlis mesyuarat kerajaan negeri tidak akan diadakan dan keputusan berkaitan negeri hanya akan dibuat selepas kerajaan seterusnya dibentuk.

Beza Antara Pakatan Harapan Dan Barisan Nasional. “Pentadbiran sekarang akan berfungsi sebagai ‘kerajaan sementara’ seperti termaktub dalam pekeliling setiausaha kerajaan negeri yang menggariskan situasi, fungsi dan limitasi sebagai ‘kerajaan sementara’.

Beliau juga berkata sebarang kelulusan tidak akan diberikan kepada peruntukan bagi apa jua projek sebagaimana dinyatakan dalam batas yang dikenakan semasa tempoh kerajaan sementara.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat akan diserahkan kembali kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Azmin sebelum ini memperoleh izin daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan DNS.

Beza Antara Pakatan Harapan Dan Barisan Nasional


Beliau juga mengumumkan semua kenderaan rasmi sudah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dewan Undangan Negeri Perak juga dibubarkan hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengumumkan pembubaran DUN ke-13 itu pada satu majlis di Istana Iskandariah.

Baginda menyeru semua parti politik dan pemimpin bertanggungjawab setiap masa dan mengutamakan keselamatan, ketenteraman awam dan solidariti rakyat.

Beza Antara Pakatan Harapan Dan Barisan Nasional.  Katanya, ahli politik harus menunjukkan kebijaksanaan dengan mengamalkan budaya demokrasi yang matang. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...