Thursday, 5 April 2018

BERSATU Dibubarkan ROS?

BERSATU Dibubarkan ROS? Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dipercayai akan membubarkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Satu sidang akhbar dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di pejabatnya di Putrajaya.

Menurut sumber, ia berkaian Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 berhubung pembatalan pendaftaran.

BERSATU Dibubarkan ROS? Ia berbunyi “Jika butir-butir yang dikehendaki diberi di bawah seksyen-kecil (2) tidak diberi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, atau dalam tempoh lanjutan masa yang dibenarkan oleh Pendaftar, maka Pendaftar bolehlah membuat suatu perintah sementara bagi membubarkan pertubuhan itu.”

Malaysiakini telah menghubungi Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beliau memberitahu dirinya menyedari perkara itu dan akan mengulas kemudian.

BERSATU pada 27 Mac mendakwa parti itu telah menyerahkan semua dokumen berkaitan yang diminta oleh ROS.

BERSATU Dibubarkan ROS?


Parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bagaimanapun tetap dengan pendirian bahawa tarikh akhir sepatutnya pada 9 April, iaitu tarikh surat diterima dan bukan pada 29 Mac.

ROS menghantar notis bertarikh 28 Feb kepada BERSATU, meminta parti itu memberikan minit mesyuarat dan dokumen kewangan dalam masa 30 hari daripada tarikh berkenaan atau menghadapi risiko dibatalkan pendaftaran.

BERSATU Dibubarkan ROS? Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966. - malaysiakini



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. they planned... but never can override Allah's plan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...