Wednesday, 25 April 2018

Bekas MP BN Ini Berpaling Tadah?

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi berdukacita dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pemilihan calon BN bagi Parlimen Batu Pahat.

Beliau berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu, mengatakan Batu Pahat dalam keadaan agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan, menidakkan penambahan ahli baru dan pemilih baru antara yang tertinggi di Johor.

“Justeru saya mempertikaikan kredibiliti metodologi penilaian yang beliau gunakan. Sedangkan khidmat wakil rakyat PKR yang teruk menjadikan BN semakin popular,” katanya di Facebook.

Puad seterusnya mempertikaikan kaedah penilaian yang dikatakan Zahid, dengan mempertikaikan peletakan seorang calon yang dikaitkan dengan isu moral peribadi atau seorang lagi calon yang memulau persidangan tahunan bahagian.

Puad tidak menamakan calon-calon yang dikatakan itu.

“Ini bukan soal merajuk. Ini soal kenapa dibiarkan satu kaedah yang boleh menjadi duluan buruk di masa hadapan digunakan?” katanya.

Semalam, Zahid berkata keputusan untuk tidak mencalonkan Puad di Batu Pahat berdasarkan kepada hasil penilaian lanskap politik.

Beliau berkata Puad selaku ketua Umno Batu Pahat harus menerima hakikat kawasannya dalam keadaan agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan kepada BN, dan BN berharap calon baru akan dapat merampas semula Batu Pahat dari PKR.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mengumumkan Ketua Wanita Umno Batu Pahat Haliza Abdullah sebagai calon bertanding. -free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...