Friday, 6 April 2018

Bekas Menteri Belasah ROS

Bekas Menteri Belasah ROS. Satu demi satu kecaman muncul ekoran keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam.

Selepas Tan Sri Rafidah Aziz hadir dengan bidasan pedasnya seorang lagi veteran Umno tampil dengan maksud sama - mempertanyakan ROS.

Kata Tan Sri Dr Rais Yatim beliau tidak nampak ada keperluan jabatan terbabit mengadakan sidang media semata-mata mengumumkan penggantungan sementara BERSATU.

Bekas Menteri Belasah ROS. Melalui media sosial bekas menteri penerangan itu menjelaskan pengumuman itu juga dibuat ketika negara berada di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Bukankah lebih baik panggil saja Setiausaha BERSATU dan beri nasihat?" ciapnya di Twitter malam tadi.

Semalam Ketua Pengarah ROS mengadakan sidang media di Putrajaya untuk mengumumkan keputusan jabatan itu membubarkan sementara BERSATU.

Jemputan kepada media untuk menghadiri pengumuman berkenaan beredar pada awal petang semalam.

Tiada unsur politik

Menurut Surayati Ibrahim arahan pembubaran sementara itu dibuat mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 itu berkuat kuasa 5 April 2018.

Bekas Menteri Belasah ROS


Alasan yang diberikan ROS ialah mereka menerima lebih 400 aduan daripada anggota BERSATU yang tidak berpuas hati dengan cara parti itu diuruskan.

Beliau turut menafikan langkah ROS adalah bermotif politik dan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan "fakta yang ROS ada".

Surayati berkata ROS sebaliknya menerima 428 aduan daripada ahli Bersatu yang tidak berpuas hati dengan

"Contohnya mesyuarat-mesyuarat atau dokumen-dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli.

"Contoh, mereka guna perkataan Armada wahal dalam perlembagaan parti tidak wujud perkataan itu maka ahli rasa keliru dengan keadaan itu," katanya.

Bekas Menteri Belasah ROS


Surayati juga menafikan langkah diambil ROS itu mempunyai motif politik. Beliau juga menjelaskan BERSATU diberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan.

Bagaimanapun jika syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi ROS akan mengharamkan BERSATU secara kekal.

Kata Rais, beliau berasa ada yang tidak kena dengan tindakan ROS berkenaan.

Bekas Menteri Belasah ROS. "Seksyen 14(5) tak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi. Terasa sangat (ada) sesuatu yang tak kena," katanya yang memiliki latar belakang undang-undang. - malaysiakini








Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...