Wednesday, 18 April 2018

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya?

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya? Tan Sri Mohd Ali Rustam kini semakin aktif berpolitik bagi memastikan kemenangan BN terutamanya di Parlimen Hang Tuah Jaya yang dulu dikenali sebagai Bukit Katil.

Walaupun kalah dengan PKR pada pilihan raya ke-13, namun bagi bekas ketua menteri Melaka selama 13 tahun itu ia bukan penghalang dirinya untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya?  Malah, bagi Mohd Ali, beliau juga yakin BN akan dapat menawan semula parlimen berkenaan selepas merasakan tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh pembangkang dalam masa lima tahun ketika menguasai kawasan itu.

"Saya tengok peluang BN cerah untuk rampas balik (parlimen Hang Tuah Jaya) kerana semua jentera parti bekerja keras daripada Umno dan sayap-sayap, Wanita, Pemuda, Puteri dan parti komponen BN juga.

"Persediaan kali ini lebih tersusun dan kuat berbanding pilihan raya lepas," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Menurut Mohd Ali, beliau bukan baru 'aktif' di kawasan itu sempena pilihan raya umum namun telah lama berkhidmat sejak lima tahun lalu meskipun bukan lagi menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Berbanding dengan wakil rakyat kawasan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, kata Mohd Ali masyarakat setempat sering mengadu tidak nampak kelibat anggota parlimen PKR itu kerana sering tiada di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan tinjauan saya, ramai juga pengundi tak kenal siapa ahli parlimen dan tak tahu rumah di mana, pejabat di mana. Saya terkejut juga, saya fikir orang ramai tahu (siapa wakil rakyat), rupanya tak tahu.

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya? 


"Orang pun tak tahu nak sebut nama, tak tahu pejabat dia, rumah pun tak tahu. Orang ramai nampak tak puas hati kerana wakil mereka tak beri apa-apa perkhidmatan pada mereka," kata bekas naib presiden Umno itu lagi.

Selain itu, Mohd Ali turut memberitahu, penerimaan masyarakat di kawasan parlimen berkenaan terhadap BN juga lebih baik berbanding sebelum ini.

Ini kerana, menurutnya, masyarakat kini mulai sedar bahawa perubahan yang cuba dilakukan lima tahun dulu adalah sia-sia.

"Kali ini nampak lebih baik daripada dulu kerana dulu ramai fikir nak cuba ubah, cari ADUN baru, ahli parlimen baru.

"Tapi setelah mereka cuba, mereka nampak macam tak ada apa-apa yang mereka dapat," kata Mohd Ali yang berusia 69 tahun itu lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai penglibatannya sebagai calon di parlimen berkenaan, Mohd Ali enggan mengulasnya dan meminta agar menunggu pengumuman oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

"Hal (sama ada) bertanding saya tak nak komen sekarang, tunggu perdana menteri (sementara) isytihar, baru saya komen.

"Saya komen sekarang atas nama BN sahaja," katanya yang merupakan pengerusi penyelaras BN Parlimen Hang Tuah Jaya.

Pada 2013, Mohd Ali kalah kepada Shamsul dengan majoriti undi sebanyak 5,447. Ia merupakan percubaan kedua Mohd Ali untuk bertanding di kerusi parlimen.

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya? 


Berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya baru-baru ini, Parlimen Hang Tuah Jaya kini mempunyai bilangan pengundi seramai 80,834 orang berbanding sebelum ini 99,438 orang.

Kerusi campuran sebelum persempadanan

Empat kerusi DUN di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya selepas persempadanan semula adalah Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil (sebelum ini dikenali Bukit Baru) and Ayer Molek.

Parlimen Bukit Katil sebelum persempadanan semula merupakan kerusi campuran apabila kawasan itu mempunyai sebanyak 53 peratus masyarakat Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India.

Mohd Ali buat pertama kali bertanding untuk kerusi parlimen dan menang di Batu Berendam pada pilihan raya umum 1995.

Ali Rustam Bakal Kalah Lagi Di Parlimen Hang Tuah Jaya?  Sebelum ini, beliau bertanding di kerusi-kerusi DUN antaranya Ayer Molek (PRU-7), Paya Rumput (PRU-10) dan menjadi ketua menteri Melaka pada Disember 1999 hingga Mei 2013. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...