Monday, 30 April 2018

Ahli PAS Sokong Nurul Izzah?

Ahli PAS Sokong Nurul Izzah? Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersikap optimis tapi berhati-hati mengenai peluang beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh, walaupun ia merupakan kubu kuat PKR selama 2 dekad lepas.

Beliau bimbang kemungkinan angka keluar mengundi merosot berikutan hari mengundi jatuh pada hari Rabu, selain isu pengundi atas pagar yang masih membuat keputusan.

Ahli PAS Sokong Nurul Izzah? Bagi menghadapi keadaan ini katanya, 60% jentera PKR ditumpukan ke kawasan majoriti pengundi Melayu.

Nurul berkata, beliau juga sedar akan jentera pilihan raya BN dan PAS yang cekap, dan berkata PKR menghabiskan banyak masa sepanjang 2 tahun lepas menyediakan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita bekerja keras bagi memenangi undi Umno dan PAS”, katanya di Yayasan Aman, Penanti hari ini.

Nurul berkata, walaupun sukar, sejumlah besar penyokong PKR berada di Permatang Pauh. Mereka merupakan penyokong tegar “reformasi” yang gembira dengan 2 Ahli Adun PKR di situ, iaitu Dr Afif Bahardin dan Norlela Ariffin.

Beliau berkata, walaupun PAS mendakwa memiliki jentera pilihan raya lebih kuat, namun beliau percaya ramai daripada mereka akan mengundi “perubahan”, terutama di Permatang Pasir.

Ahli PAS Sokong Nurul Izzah? 


“Kita tidak akan bersikap konfrontasi terhadap mereka,” kata Nurul.

Calon Amanah bagi DUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil bersetuju dengan Nurul dan berkata ahli akar umbi PAS di Permatang Pauh kini berpecah.

Beliau berkata, Permatang Pauh merupakan kawasan ramai kelompok sederhana dalam PAS yang akan menyokong calon Pakatan Harapan untuk mengalahkan Umno dan BN.

Seperti rakyat Malaysia lain katanya, penyokong PAS juga berdepan masalah kenaikan harga barang dan bersedia menerima agenda perubahan PH.

Faiz berkata, seramai 1,000 ahli PAS yang berani sudah meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah, yang katanya mempunyai 1,000 ahli di situ berbanding PAS yang mempunyai 2,000 ahli.

“PAS berpecah sejak 2015. Akar umbinya juga berpecah, dengan separuh daripadanya beralih kepada Amanah.

“Realitinya, PAS hanya menang 1 kerusi, iaitu Permatang Pasir selepas era Reformasi, sebelum itu mereka tak pernah menang.”


Ahli PAS Sokong Nurul Izzah? 


Pada pilihan raya depan, Nurul akan berdepan calon BN Mohd Zaidi Said, 49, dan calon PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, 37.

Zaidi merupakan ketua Umno Permatang Pauh, sementara Afnan ketua Pemuda PAS dan bekas ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang. Nurul penyandang Parlimen Lembah Pantai.

Ahli PAS Sokong Nurul Izzah? Terdapat 74,171 pengundi di Parlimen Permatang Pauh berdasarkan daftar pemilih terbaru, dengan DUN Seberang Jaya mempunyai 31,253 pengundi, Permatang Pasir 23,583 orang dan Penanti 19,335 pengundi. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...