Thursday, 26 April 2018

Adam Rosly Dipenjara 6 bulan, Denda RM30,000

Adam Rosly Dipenjara 6 bulan, Denda RM30,000. Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan ke atas Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, di samping denda RM30,000, atas tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa dimilikinya pada 2017.

Beliau dihadapkan 6 tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.

Adam Rosly Dipenjara 6 bulan, Denda RM30,000. Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Adam Rosly Dipenjara 6 bulan, Denda RM30,000


Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, lelaki itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Adam Rosly Dipenjara 6 bulan, Denda RM30,000. Dakwaan kekayaan Adam pertama kali dibongkar oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berhubung rumah banglo 2 setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...