Tuesday, 13 March 2018

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS. Sumpah taklik (cerai) yang menyebabkan Adun dan Ahli Parlimen PAS bercerai dengan pasangan jika meninggalkan parti itu mungkin tidak akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata amalan itu tidak akan dilaksanakan jika PAS merasakan tiada keperluan untuk melindungi kerusi mereka secara paksa selepas PRU 2004.

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS. “Kali ini sumpah taklik kemungkinan tidak ada. Dulu pun tidak ada kecuali di Kelantan. Dulu masa tok guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melihat ada keperluan pada masa itu. Secara umumnya tidak ada,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Sumpah baiah (taat setia) mula diperkenalkan PAS di Kelantan pada 1995 dan dimasukkan sumpah taklik selepas PRU 2004 apabila kerajaan negeri berdepan risiko apabila beberapa wakil rakyat mereka melompat parti dan menyebabkan perbezaan 1 kerusi sahaja.

Sumpah taklik itu menghendaki calon PAS yang memenangi kerusi DUN atau Parlimen di Kelantan kekal bersama parti itu atau bercerai dengan pasangan mereka.

Tuan Ibrahim berkata setakat ini tiada permohonan daripada PAS Kelantan untuk mengekalkan sumpah taklik.

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS


Beliau juga menyeru orang ramai supaya memahami sejarah sumpah taklik dan menerima keberkesanannya mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat Kelantan.

“Apa tujuan baiah? Tujuan supaya tidak khianat rakyat. Rakyat yang pilih kita tiba-tiba wakil rakyat yang menang khianat. Macam mana nak halang kerusi tidak dijual?” kata Tuan Ibrahim.

“Jangan tengok pada baiah tapi tengok pada kesan baiah. Kesannya calon PAS tidak mengkhianati rakyat. Pakatan Rakyat tumbang di Perak bukan kerana PAS.”

Beliau merujuk peristiwa pada 3 Februari 2009 apabila Barisan Nasional menawan kembali kerajaan Perak selepas 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengisytiharkan diri mereka calon bebas tetapi mesra BN.

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS


Menjawab kritikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang membidas sumpah taklik itu sebagai “mencagarkan isteri”, Tuan Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan itu tidak perlu mencampuri urusan PAS.

“Dia bukan calon PAS,” katanya.

Di sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Gabungan Sejahtera sudah memuktamadkan 70% agihan kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Malaysia.

Tiada Sumpah Baiah Talak 3 Pada PRU 14 Dakwa PAS. “Baki 30% lagi dalam proses kerana isu persempadanan semula yang dilakukan SPR.” - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...