Sunday, 11 March 2018

Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab

Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab. Selain Invoke Malaysia yang meramalkan Pakatan Harapan (PH) akan menang, kajian-kajian lain menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan senang di dalam peperangan 3 penjuru antara PH, BN dan PAS.

Akan tetapi, sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Mengapa?

Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab. Pada PRU13, dengan kempen cara ala-presiden Amerika Syarikat berdasarkan kepopularan Najib ketika itu, Umno-BN hanya mampu meraih 132 kerusi Parlimen.

Keputusan itu merupakan satu tamparan kepada Najib kerana prestasinya adalah 8 kerusi kurang daripada prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, iaitu 140 kerusi Parlimen.

Ironinya ialah Najib mencapai prestasi lebih buruk walaupun kempennya dibantu Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Pertubuhan Pribumi Perkasa Melaysia (Perkasa).

Ini berbeza dengan Pak Lah yang terpaksa menghadapi serangan Dr Mahathir bertubi-tubi seperti seorang pembangkang pada kempen PRU12.

Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab


Jika dilihat daripada sudut sejarah Umno, Najib ialah presiden Umno yang paling malang. Beliau ialah presiden Umno pertama yang terpaksa mentadbir kerajaan pusat tanpa negeri terkaya di bawah kawalannya, iaitu Selangor.

Kerana Dr Mahathir dan ketaksubannya menurunkan Pak Lah, Najib juga merupakan presiden Umno yang terpaksa berdepan jumlah tertinggi pengundi yang pernah merasai perubahan dan tidak lagi takut terhadap perubahan berbanding presiden Umno lain, apabila Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang secara mengejut pada 2008.

Jadi apakah sasaran Najib pada PRU14?

Pertama sudah tentunya ialah Umno-BN sekurang-kurangnya dapat mengekalkan jumlah kerusi Parlimen sama pada PRU13, iaitu 132 kerusi.

Kegagalan mengekalkan prestasi PRU13 akan menyebabkan ahli Umno dan parti komponen BN mendesak Najib mengundur diri sebagai presiden dan perdana menteri demi kelangsungan nyawa BN pada PRU15.

Sekiranya Najib berkeras untuk kekal, BN bakal berpecah dan parti di Sabah, terutamanya Sarawak mungkin menjadi parti bebas yang menggoyahkan majoriti BN untuk mengekalkan kuasa di Parlimen. Sudah tentu perkara ini mahu dielakkan Najib.

Oleh itu, sasaran lebih utama buat Najib ialah memberikan BN majoriti 2/3 di Parlimen dengan kemenangan di 148 kerusi Parlimen.

Dengan peperangan 3 penjuru, kajian menunjukkan BN mampu meraih semula majoriti 2/3 di Parlimen, namun tiada jaminan ini dapat dicapai dengan mudah.

Pada PRU11 2004, BN menang 198 kerusi daripada 219 kerusi yang dipertandingkan di bawah Pak Lah.

BN kehilangan 58 kerusi pada 2008 apabila Dr Mahathir bertindak menjadi pengkritik kerajaan BN yang diterajui Pak Lah. Namun, prestasi Pak Lah juga disebabkan tindakan pembangkang yang mampu bersatu menghadapi BN buat kali pertamanya pada 2008.

Kini, pada PRU14, Dr Mahathir bukan sahaja menjadi pengkritik kerajaan BN, malah ketua pembangkang dan presiden PH melawan BN dan Najib.

Sudah tentu faktor ini tidak dipandang remeh Najib, walaupun pembangkang kini kembali berpecah seperti pembangkang di zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Berdepan semua faktor ini, Najib rasanya sedang meneliti cara untuk menjamin kemenangan besar BN pada PRU14.


Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab


Dua hari lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata badan itu sudahpun menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya persekutuan dan negeri Tanah Melayu kepada Najib. Apakah usul persempadanan semula ini akan muncul di Parlimen sesi ini?

Sebelum ini, BN memenangi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan bergaya dalam pertandingan 3 penjuru, meskipun ia diadakan pada bulan puasa. Apakah PRU14 ini akan memecah tradisi dengan diadakan pada bulan puasa?

Umum mengetahui, ceramah susah dilakukan pada bulan puasa dan ini mengurangkan kelebihan kepada pembangkang.

Melihat cara Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang menyokong idea ini dengan menyatakan PRU pada bulan puasa akan bebas daripada fitnah, tohmahan dan caci maki, nampaknya kebarangkalian untuk PRU14 diadakan pada bulan puasa juga agak tinggi.

Teka Teki Tarikh PRU14 Akhirnya Terjawab. Sekiranya Najib yakin kedua-dua keputusan ini akan memberi jaminan kemenangan kepada BN, maka teka-teki tarikh PRU14 akan berakhir. - free malaysia today


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...