Friday, 9 March 2018

Tanpa Disangka Shahrir Samad Buat Kejutan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini menunjukkan bukti 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dikembalikan pemaju projek, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), selepas pindah milik diragui pada 2015 dan 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berbuat demikian bagi menepis dakwaan pengkritik berhubung satu perjanjian persefahaman yang ditandatangani Felda dengan syarikat itu pada 15 Januari lalu.

“Dalam perjanjian tersebut ada 3 perkara yang dipersetujui, di mana SPSB dengan sukarela menukar hak milik persuratan lot tanah didaftar atas nama mereka kembali kepada Felda,” katanya pada sidang media di Menara Felda.

Sharir berkata, 3 perjanjian itu adalah SPSB mengembalikan 16 lot tanah itu secara sukarela tanpa sebarang kos, rundingan semula Felda dan SPSB untuk menambah baik terma serta syarat perjanjian pembangunan akan dilakukan dan siaatan polis terhadap pemindahan milik tanah diragui itu akan diteruskan.

Katanya, Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan ahli lembaga Felda akan berunding untuk menilai harga dan pembangunan tanah itu.

Pada 21 Disember lalu, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi mencurigakan sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.

Shahrir pernah mengakui berlaku transaksi 4 bidang tanah itu yang dianggarkan bernilai RM270 juta, tetapi Felda tidak mendapat sesen pun kerana tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.

Akhbar itu melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak itu dianggarkan mencecah RM1 bilion, jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam 4 perjanjian jual beli tanah antara Felda dan SPSB.

Pada 13 Disember lalu, polis mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes itu dan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad disoal siasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman, pada 4 dan 5 Januari lalu.

Shahrir dilaporkan berkata, siasatan polis dan audit forensik yang dijalankan sebuah firma audit luar dilantik Jabatan Perdana Menteri, ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak juga akan diteruskan.

Katanya, laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 28 Disember lalu di bawah Seksyen 420 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan juga tidak akan ditarik balik. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. bila YB Rafizi semak dipejabat tanah, kenapa penama dah bertukar? adakah salinan geran tanah yg YB Rafizi dapat dari pejabat tanah pada 30/1/18 tu palsu?

    sila rujuk laman sawang YB Rafizi Ramli

    ReplyDelete
  2. woii sandiwara..lepas pru ko ikut sama kena dakwa..OK baik ko sehebat david koperfil..sekarang gwa warga felda mau tau siapa di belakang pemaju..siapa makluk begitu power begitu upaya dpt kunci peti besi dana..siapa yg bagi POA..siapa buka jalan bagi laluan beres urusan..pejabat tanah bnm peguam pegawai2 tak berani buka mulut

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...