Thursday, 1 March 2018

Skandal 1MDB : Cerita Disebalik Rampasan Kapal Mewah Equanimity

Skandal 1MDB : Cerita Disebalik Rampasan Kapal Mewah Equanimity. Indonesia, hari ini merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum ini dicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami telah memeriksa kru sejak semalam dan kini mengambil tindakan selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk merampas bot tersebut," kata Pengarah Ekonomi dan Jenayah Khas di Biro Siasatan Jenayah di Jakarta kepada Metro TV.

Skandal 1MDB : Cerita Disebalik Rampasan Kapal Mewah Equanimity. Rakaman televisyen turut menunjukkan beberapa pihak berkuasa bercakap dengan kru kapal layar Equanimity tersebut di Teluk Benoa.

Menurut Setya, terdapat 34 kru di atas bot berkenaan dan beliau tidak pasti sama ada FBI akan terlibat atau tidak.

"Kami akan melihat bagaimana perkembangan kes ini. Sama ada kami akan melakukan siasatan bersama atau menyerahkannya kepada pihak berkenaan kerana kami masih dalam proses menyiasat dan mengumpulkan bahan bukti," ujarnya lagi.

Menurut tuntutan sivil yang difailkan DoJ kira-kira dua tahun lalu, sejumlah AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) wang 1MDB disalahgunakan oleh pegawai tinggi dana dan rakan sekutu mereka.    

Skandal 1MDB : Cerita Disebalik Rampasan Kapal Mewah Equanimity


Pada Ogos 2017, DoJ meminta penangguhan tuntutan sivil yang dikemukakannya untuk merampas aset bernilai lebih AS$1.7 bilion (RM6.67 bilion) yang dipercayai dibeli dengan dana 1MDB.

Antara aset yang dicari itu termasuk kapal mewah bernilai AS$250 juta (RM981 juta) yang dibeli pembiaya Malaysia, Jho Low yang dinamakan sebagai individu utama dalam tuntutan undang-undang AS tersebut.

Low yang gagal dikesan hingga kini didakwa membeli Equanimity menggunakan wang dicuri daripada dana 1MDB yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Aset lain yang dibeli olehnya termasuk jet peribadi, sebuah hotel dan hartanah di New York serta kepentingan berjumlah AS$107 juta (RM419 juta) dalam EMI Music Publishing.


Skandal 1MDB : Cerita Disebalik Rampasan Kapal Mewah Equanimity


Beberapa aset dilaporkan telah dipulangkan seperti dilakukan model dan aktres dari Australia, Miranda Kerr yang memulangkan barang kemas bernilai jutaan dolar yang diberikan Low kepada pihak berkuasa AS.

Pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio turut memulangkan anugerah Oscar yang dimenangi Marlon Brando dan barangan lain kepada Washington yang didakwa dibiayai menggunakan wang 1MDB. - reuters




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...