Friday, 9 March 2018

Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya?

Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya?Shahrir Samad begitu sinonim dengan Johor Baru, kawasan Parlimen yang dipegangnya sejak 2004 walaupun margin kemenangannya semakin mengecil sejak dua pilihan raya umum (PRU) lalu.

Walaupun sangat popular di kerusi bandar itu, pengerusi Felda berkenaan kini berdepan kemungkinan kalah pada PRU14, jika cakap-cakap di kedai kopi, orang percaya.

Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya? Kaji selidik di Johor baru-baru ini mendedahkan separuh daripada responden tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan dan mereka yang ditemu bual The Malaysian Insight berkata Shahrir mungkin jatuh pada PRU akan datang, walaupun beliau sangat popular.

Walaupun Shahrir mempunyai sejarah pelbagai dengan Umno – dipecat pada 1986 ketika krisis parti dan digugurkan sebagai calon pada tiga PRU (1990, 1995 dan 1999), beliau sentiasa dapat mencari tempat di JB.

Selepas dibuang dari Umno pada 1986, Shahrir bertanding sebagai calon bebas pada 1988 dalam pilihan raya kecil Johor Baru dan menang dengan margin lebih besar (64.06%) berbanding PRU 1986.

Bila beliau kembali sebagai calon Umno pada 2004, Shahrir mendapat semula kerusi itu dengan 88.13% undi.

Tetapi susulan kejayaan pembangkang pada 2008, beliau berdepan dengan penurunan margin kemenangan – 70.8% pada 2008 dan 56.68% pada 2013.

Daripada 13 ibu kota, Johor Baru dan Kangar yang masih terlepas daripada pembangkang sepanjang sejarah PRU Malaysia.


Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya?


Bolehkah Shahrir mengekalkan JB?

Wakil rakyat pembangkang di negeri itu Chen Kah Eng (Stulang) berkata Shahrir masih dapat bertahan walaupun lebih separuh rakyat Johor yang ditemu bual pada Januari berkata mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan.

“Beliau sudah lama di sini dan pengundi suka Shahrir,” kata Chen, di mana kerusi DUN Stulang berada di bawah Parlimen JB. Satu lagi kerusi DUN ialah Larkin.

“Tetapi margin kemenangannya pasti semakin jatuh kerana kebangkitan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan,” kata wakil rakyat satu penggal itu.

Pengundi di dua pusat mengundi – Bandar Baru Uda dan Kg Melayu Majidee – yang menyokong Shahrir masing-masing 71% dan 82.4% pada PRU 2013 dijangka akan berkeras dengan Shahrir kali ini.

“Ia akan pasti sukar untuk Shahrir,” kata pesara bank A Shaari, yang tinggal di Bandar Baru Uda.

“Saya akan terus mengundinya tetapi beliau pasti akan ditekan dengan isu nasional.”

Di Kg Melayu Majidee, Ahmade Mohd Din, 51, dan Abdul Wahab Abdullah, 79, yang pernah menjadi ahli Umno berkata mereka tidak akan lagi menyokong Shahrir, 68.

“Shahrir seseorang yang saya boleh anggap kawan. Tetapi saya tidak boleh undi dia lagi. Mengundi dia bermakna undi untuk perdana menteri sekarang,” kata Ahmade.

Bekas pemandu teksi itu berkata Kg Melayu Majidee selama ini bank undi untuk Umno di JB, mereka masih berdepan isu pemilikan tanah.

“Terdapat kira-kira 500 rumah di sini tetapi lebih tiga perempat diklasifikasikan sebagai setinggan walaupun kami semua berpindah pada masa sama tahun 1960-an. Dan sementara walaupun Umno berada di kerusi ini sejak sekian lama, mereka tidak dapat menyelesaikan isu tanah.

“Sebahagianya kerana tanah di sini mahal kerana ia perkampungan Melayu terakhir yang terletak 15 minit dari pusat bandar,” kata Ahmade.

Bekas setiausaha Umno cawangan Stulang Baru Abdul Wahab berkata calon bukan masalahnya.

“Tidak kisah siapa Umno letak di sini kerana saya berhenti mengikut mereka sejak ideologi mereka berubah,” kata pesara tentera laut itu yang menyertai Umno pada 1956.


Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya?


Tidak terlalu yakin

Shahrir tidak kelihatan begitu yakin ketika ditanya tentang peluangnya mempertahankan kerusi itu.

“Harapnya, JB akan bertahan. Pengundi Melayu sebelum ini 50% tetapi sekarang 53%, jadi tidak nampak seperti DAP memindahkan undi mereka dari Gelang Patah.

“Saya percaya mereka sasarkan Tebrau dan Pasir Gudang,” kata Shahrir kepada The Malaysian Insight.

Shahrir berkata PRU akan datang sangat bergantung pada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

“PRU sebelum ini melihat pengundi Cina banyak keluar mengundi. Jadi kita lihat pula bagaimana mereka pada PRU14.”

Ahli Parlimen selama enam penggal itu bagaimanapun, yakin rekod perkhidmatannya yang cemerlang akan mengekalkannya di situ.

“Momentum kami semakin baik,” katanya.

Dalam rundingan agihan kerusi Pakatan Harapan, PKR akan bertanding di JB, dan mereka setakat ini belum mengumumkan calon lagi.

Pada PRU13, JB mempunyai 96,321 pengundi berdaftar dengan 51% Melayu, 43% Cina dan 5% India.

Shahrir Samad Makin Gentar.. Ini Buktinya? JB salah satu daripada empat kerusi bandar di kawasan Johor Baru. Kerusi Parlimen lain ialah Pasir Gudang (BN), Pulai (BN) dan Gelang Patah (DAP).  - the malaysian insight





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Semua krn nak pertahankan penyamun. Tak berbaloi

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...