Sunday, 4 March 2018

Rupanya Umno Johor Retak Menanti Belah.. Ini Buktinya?

PPBM yakin Johor yang dulunya kubu kuat Umno kini bukan lagi dan mereka hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun penyokong Umno tidak menyatakan sokongan secara langsung pada Pakatan Harapan (PH) tidak bermakna mereka akan terus setia pada parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Rupanya Umno Johor Retak Menanti Belah.. Ini Buktinya?  Beliau berkata masih ramai penyokong Umno khuatir untuk melakukan perubahan atau menyatakan sokongan secara terbuka kerana takut kehilangan jawatan dan bantuan yang diterima selama ini.

“Jika menyatakan sokongan pada pembangkang ada yang berfikir mereka akan kehilangan jawatan yang mereka dapat, tidak mendapat bantuan subsidi seperti baja, bantuan, elaun dan banyak perkara lagi.

“Tetapi berdasarkan gerak kerja kita di kawasan akar umbi, walaupun mereka dalam Umno tetapi mereka tidak menolak untuk menunggu masa yang sesuai untuk melakukan perubahan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata gerak kerja PPBM Johor mendapati sokongan kepada parti selain Umno seperti di penempatan Felda telah berubah dan semakin diterima baik.

Rupanya Umno Johor Retak Menanti Belah.. Ini Buktinya? 


Pemerhatian itu juga disokong oleh badan pemikir seperti ISEAS-Institut Yusof Ishak, Ideas dan Merdeka Centre, menunjukkan kebanyakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin menurun.

Sebaliknya kajian mendapati sokongan kepada PH semakin meningkat berbanding ketika gabungan pembangkang itu ditubuhkan kira-kira setahun lalu.

“Jadi saya rasa istilah Johor merupakan kubu kuat Umno sudah tidak berlaku lagi,” katanya.

Penerimaan warga Felda positif

Ahli Parlimen Pagoh berkata sesuatu yang mengejutkan apabila warga Felda semakin positif menerima PH, berdasarkan kunjungan ke kawasan-kawasan Felda.

“Kami terkejut apabila mereka sebenarnya mengalu-alukan kehadiran kami. Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan Johor telah dikenali sebagai kubu kuat BN. Umno dilahirkan di Johor jadi sentimen itu agak kuat,” katanya.

Beliau berkata jika dahulu pembangkang tidak dialu-alukan sama sekali tetapi kini tidak lagi.

“Kami juga boleh duduk semeja makan bersama imam di masjid. Mereka rasa susah disebabkan dasar kerajaan yang lemah dan rasa terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi disebabkan GST, menyebabkan mereka berbelanja lebih daripada kemampuan,” katanya.

“Pada dasarnya mereka mengalu-alukan kami,” tambahnya.

Menurut Muhyiddin, penerimaan itu secara mudah dilihat apabila bendera-bendera PPBM dan PH yang dipasang di kawasan Felda 2 atau 3 hari sebelum program diadakan tidak diganggu atau dialihkan.

“Di ceramah-ceramah kami ramai peneroka yang hadir. Walaupun jumlah tidak besar tetapi kami yakin mereka datang sebab sokong dan mahu berinteraksi dengan kami. Ini satu perkembangan yang positif,” katanya.

Kerusi penumbang dikenal pasti

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata PPBM telah mengenal pasti kerusi Parlimen dan DUN yang boleh menumbangkan Umno pada PRU14.

“Terdapat 56 kerusi DUN di Johor dan sekarang PH mempunyai 16 kerusi DUN. Kami memerlukan 13 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan negeri iaitu 29 kerusi DUN.

“Kami telah kenalpasti lebih daripada 13 kerusi DUN dan kita lihat sokongan daripada pengundi sangat mengalakkan di kerusi yang jadi sasaran itu.

“Kami berharap dapat memenangi 29 kerusi ini bersama rakan-rakan kami dalam PH iaitu DAP, PKR dan Amanah,” katanya.

Muhyiddin menambah bagi kerusi Parlimen, PPBM juga telah mengenalpasti 6 kerusi lagi yang diyakini dapat dimenangi pada PRU14.

Beliau berkata walaupun PPBM parti baru tetapi dengan sokongan dan bantuan rakan PH yang lain akan memudahkan pergerakan partinya untuk menumbangkan Umno.

“Sekarang kami mempunyai 6 kerusi bawah PH dan kami telah kenalpasti 6 lagi lagi kerusi Parlimen yang kini dimenangi Umno pada PRU13,” katanya.

Rupanya Umno Johor Retak Menanti Belah.. Ini Buktinya? 


Muhyiddin bagaimanapun enggan mendedahkan 6 kerusi Parlimen yang disasarkan pada PRU14.

PH memutuskan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).

PH memuktamadkan rundingan pembahagian 56 kerusi DUN di Johor dengan PPBM diperuntukkan 18 kerusi, DAP diberi 14 kerusi, PKR serta Amanah masing-masing mendapat 12 kerusi.

Pada PRU13 BN memenangi 38 daripada 56 kerusi DUN, DAP (13 kerusi), PKR (1 kerusi) dan PAS (4 kerusi).

Daripada jumlah tersebut 6 kerusi dimenangi BN dengan majoriti bawah 2,000 undi.

Rupanya Umno Johor Retak Menanti Belah.. Ini Buktinya?  Kerusi tersebut ialah Segamat (Datuk Seri Subramaniam KV Sathasivam – 1,217), Muar (Datuk Razali Ibrahim – 1,646), Tebrau (Datuk Khoo Soo Seang – 1,767), Ledang (Datuk Hamim Samuri – 1,967), Pasir Gudang (Normala Abdul Samad – 935) dan Labis (Datuk Chua Tee Yong – 353). - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...