Monday, 12 March 2018

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini?

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini? Ejen perisik persekutuan Amerika Syarikat (AS) bimbang mereka akan diletakkan dalam keadaan serba salah jika isteri Malaysian Official 1 (MO1) memakai barang kemas yang disenaraikan Jabatan Keadilan AS sebagai aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB, menurut suatu rancangan berita MSNBC.

Pengacara televisyen AS Rachel Maddow bercakap dalam program 'The Rachel Maddow Show' berkata menjadi suatu keganjilan Presiden AS Donald Trump memutuskan untuk menerima tamu pemimpin Malaysia di Rumah Putih ketika suatu siasatan besar sedang dijalankan.

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini? "Pada awalnya, terdapat kebimbangan berkenaan (lawatan) itu ...jika pada lawatan ke Rumah Putih itu isteri PM memakai barang kemas tertentu yang diketahui dimilikinya, maka ejen perisik persekutuan akan diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk mendapatkan barang kemas daripada beliau, seperti ketika beliau meninggalkan kawasan Rumah Putih atau mungkin di hotel penginapannya?" kata Rachel.

Menurut DOJ dalam saman setebal 251 halaman yang difailkan di Mahkamah Daerah California pada Jun tahun lalu, berlian merah jambu 22 karat dan rantai yang dibeli untuk 'isteri MO1' menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB. Ia juga mendakwa terdapat 16 barang kemas berasingan bernilai AS$1.3 juta turut dibeli untuk isteri MO1.

Semasa rancangan berita itu, Maddow juga menyentuh dakwaan penderma parti Republican AS, Elliot Broidy yang meminta AS$75 juta daripada ahli perniagaan Low Taek Jho untuk DOJ menggugurkan penyiasatan ke atas 1MDB.

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini?


Dakwaan itu berdasarkan emel Broidy yang mendakwa akaunya 'digodam' oleh kerajaan asing.

Menurut saman sivil perlucutan hak ke atas harta, sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dilesapkan daripada 1MDB dan dana tersebut digubah secara haram menerusi sistem kewangan AS bagi membeli berbagai aset di negara itu.

Ia cuba untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana curi. Bagaimanapun, berlian merah jambu dan barangan kemas yang dibeli untuk isteri MO1 tidak termasuk dalam senarai rampasan DOJ pada Jun tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan 'MO1' ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut DOJ, salah satu urus niaga besar dalam skandal 1MDB ialah deposit AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MO1 pada 2013.

Dana AS$681 juta itu sering dirujuk sebagai RM2.6 bilion, berdasarkan tukaran mata wang asing ketika pertama kali akhbar Wall Street Journal menerbitkan laporannya.

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini?


Najib mendakwa AS$681 juta itu merupkan 'derma' daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah memulangkan baki AS$620 juta tersebut.

Namun demikian, DOJ mendakwa wang itu berpunca daripada 1MDB dan 'baki yang dipulangkan' itu digunakan antara lainnya untuk membeli berlian merah jambu untuk isteri MO1.

Najib menafikan sebrang salah laku mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Rosmah Mansor Terkejut Baca Berita Ini? Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membebaskan perdana menteri daripada sebarang kesalahan. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...