Tuesday, 27 March 2018

Punca Pasukan Selangor Tidak Bermain Di Stadium Shah Alam Terbongkar

Punca Pasukan Selangor Tidak Bermain Di Stadium Shah Alam Terbongkar. Exco sukan Selangor berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang didakwa cuba menjadikan isu penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai modal politik.

Amirudin Shari berkata, beliau sudah membuka pintu kepada FAS untuk membincangkan isu penggunaan SSA sebagai gelanggang rasmi FAS, tetapi persatuan itu bertegas hanya mahu menemui menteri besar Selangor, bukannya exco.

Punca Pasukan Selangor Tidak Bermain Di Stadium Shah Alam Terbongkar. “Jadi isunya adalah mereka menggunakan isu ini sebagai modal politik. Ada ejen BN dalam FAS nak jadikan isu ini sebagai isu politik, serang kerajaan negeri dan jadikan agenda untuk memburukkan kerajaan negeri.

“‘Go to hell’ kepada mereka dan kita ada pelan untuk membangunkan bola sepak,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini ketika menjawab pertanyaan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) mengenai kelayakan dan kaedah pemilihan pengurusan SSA.

Pada 1 Februari lalu, Amirudin dilaporan berkata, kerajaan negeri masih berunding dengan FAS bagi menyelesaikan kemelut penggunaan SSA supaya ia boleh digunakan sebagai gelanggang tuan rumah.

Amirudin berkata, pihaknya menyedari ada desakan daripada penyokong Selangor, tetapi kerajaan negeri perlu konsisten dengan keputusan sebelum ini.

Punca Pasukan Selangor Tidak Bermain Di Stadium Shah Alam Terbongkar


Pada 11 Februari lalu, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan sokongan terhadap cadangan menyerahkan SSA kepada FAS, jika BN berjaya merampas Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Perdana menteri berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang berjanji akan menyerahkan SSA kepada FAS, jika BN menang.

“Hari ini kita menang, esok kita pulangkan stadium Shah Alam untuk pasukan The Red Giant. Ini kita perjuangkan untuk belia, terutama di Selangor,” kata Noh.

Hari ini, Amirudin berkata, isu SSA bermula apabila FAS tidak menghantar pasukan itu ke pertandingan Piala Selangor, walaupun diberikan pelepasan dan FAS juga gagal memberikan maklum balas kepada kerajaan negeri.

Punca Pasukan Selangor Tidak Bermain Di Stadium Shah Alam Terbongkar


Katanya, sejak skuad Selangor tidak bermain di SSA, pendapatan akhir pengurusan stadium itu pada 2017 lebih baik daripada 2016.

“Dari segi fakta saya tunjukkan, pada 2017 kita tidak memberikan peluang kepada Red Giants (Selangor), kutipannya jauh lebih besar hampir RM2.7 juta berbanding 2016 dengan RM2.4 juta.” - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...