Monday, 5 March 2018

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar. Lelaki yang mati ditembak di perhentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Serdang Khamis lepas, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08.

Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Mazlan Mansor berkata siasatan awal turut menunjukkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah sekitar Serdang membabitkan anggota kumpulan terbabit.

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar. “Hasil siasatan menunjukkan mangsa dan juga suspek yang menembaknya, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap itu yang mana mereka ini dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita rumuskan motif kejadian sebenar kes ini…kita akan siasat daripada pelbagai sudut dan motif sebenar akan kita ketahui selepas tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau latihan amal pilihan raya umum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar


Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada 2 lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai latihan amal terbabit, Mazlan berkata ia adalah latihan fasa kedua peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjelang PRU14.

Katanya seramai 16,000 anggota dan pegawai akan ditempatkan di semua daerah di negeri ini bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu.

Punca Lelaki Mati Ditembak Di Depan Sekolah Tersebar. “Dengan kekuatan anggota ini, kita telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 kelak dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang pilihan raya itu berlangsung,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...