Thursday, 8 March 2018

Petanda PRU14 Terlalu Hampir

Petanda PRU14 Terlalu Hampir. Kesiapsiagaan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara kini berada di tahap 100% bagi memastikan kelancaran perjalanan proses pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kesiapsiagaan itu meliputi tenaga kerja dan logisitik kelengkapan yang diperlukan selain diperkuatkan dengan latihan, kursus dan penerangan jelas mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Petanda PRU14 Terlalu Hampir.  “Sebenarnya, persiapan kita untuk adakan PRU ini dilakukan sejak 2 tahun lepas. Kita persiapkan petugas-petugas di tempat mengundi dan pengiraan undi di seluruh negara,” katanya kepada Bernama sewaktu menjadi tetamu di Program Ruang Bicara, Bernama News Channel, malam tadi.

Beliau berkata dijangkakan seramai 250,000 petugas melibatkan SPR dan anggota keselamatan serta pertahanan negara akan terlibat dalam PRU kali ini.

Mohd Hashim berkata pihaknya juga bersiap siaga dari segi kelengkapan untuk PRU14 ini termasuk dari segi kemudahan lebih selesa kepada orang kelainan upaya (OKU) seperti memberi bantuan ke tempat mengundi, kemudahan kerusi roda bagi pemilih uzur atau kurang upaya.

Petanda PRU14 Terlalu Hampir


Menyentuh mengenai bekalan dakwat kekal, beliau berkata ia ditempah awal dan hanya menunggu detik PRU14 sebelum dihantar pembekal untuk digunakan.

Mengulas mengenai kempen pilihan raya, Mohd Hashim berkata 11 hari adalah waktu minimum untuk berkempen dan pihaknya akan mengkaji kepentingan sama ada ini perlu dilanjutkan.

Mohd Hashim juga optimis, pihaknya akan dapat mengendalikan perjalanan PRU dengan cara terbaik, telus, ikhlas dan bersih mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.

Petanda PRU14 Terlalu Hampir. Beliau menegaskan SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Taking SPR's word on its face value, why then not invite international observers if, only if as you say SPR is indeed FREE from any influences.

    That is if there really nothing to hide!

    We have seen the latest IGP declaring no connection between 1MDB and Jho lo but,

    PDRM hasn't question the PM and,

    Singapore must be damn stupid to already established the connections between Jho lo and those guys already behind bars...

    Plus 8 jurisdiction must be entirely wrong to pursue Jho lo and 1MDB's nuances...

    Let me give you an analogy...

    If 8 different people has the same exact problems with 1 same person, is it the 8 or the 1 that is the problem?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...