Monday, 5 March 2018

Petanda BN Bakal Lingkup Di Parlimen Muar?

Petanda BN Bakal Lingkup Di Parlimen Muar?Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berdepan jalan yang sukar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ahli Parlimen Muar selama tiga penggal itu menyaksikan majoritinya terus merudum dalam dua pilihan raya terakhir, walaupun kedudukannya kini lebih tinggi sebagai timbalan menteri sejak tahun 2009.

Petanda BN Bakal Lingkup Di Parlimen Muar? Walau bagaimanapun, Razali berkata, kejatuhan bilangan undi itu bukannya mencerminkan pencapaian peribadi atau popularitinya, tetapi sebagai tindak balas sentimen anti-kerajaan yang kuat ketika itu.

Razali mula bertanding dan memenangi kerusi separa bandar itu pada tahun 2004, iaitu tahun BN mencatatkan pencapaian pilihan raya yang paling baik.

“Saya tanding 2004, saya tak ada jasa kat orang Muar, orang Muar tak kenal saya. Kali pertama saya tanding, masa itu (saya) bendahari bahagian, umur 33, saya menang majoriti 13,415.

“Kalau nak kata saya hebat, hebat la, lebih 13,000, kata Razali kepada Malaysiakini dalam temu bual di kawasannya, Sabtu lalu.

Petanda BN Bakal Lingkup Di Parlimen Muar?


Namun kehebatan itu tidak berulang pada tahun 2008, apabila tsunami politik menghapuskan 65 peratus majoriti undi, meninggalkannya dengan hanya 4,661 undi di depan pembangkang.

“Jadi kalau kita tengok turun tu kita kerja lagi kuat. Orang lagi suka, orang lagi kenal, lagi turun (jumlah undi),” katanya secara selamba merujuk kepada majoriti majoriti 1,646 undi pada tahun 2013.

“Dia (undi) bukan soal pasal individu. Sebenarnya semua orang tahu ketika itu diwujudkan pelbagai bentuk persepsi (terhadap BN),” katanya.

Menurut Razali, sentimen anti-BN juga adalah bagaimana lawannya pada 2013, Hizwan Ahmad dari PKR, berjaya mendapatkan 19,221 undi walaupun dirinya bukan personaliti atau anak tempatan yang dikenali oleh pengundi Muar.

Petanda BN Bakal Lingkup Di Parlimen Muar?


Persepsi ini, termasuk kononnya BN adalah korup, bagaimanapun, adalah tidak benar, kata Razali. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Mudah2an bukan Muar saja yg BN bakal lingkup. Minta dia dengan Allah semoga semua tempat BN LINGKUP pada PRU 14 nanti. Amiiin.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...