Monday, 19 March 2018

Petanda Ali Rustam Menang Di Bukit Katil

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Ali Rustam, bekas ketua menteri Melaka dan naib presiden Umno yang tewas di tangan calon PKR dalam pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Jangan bimbang Tan Sri. Saya saudara anda. Saya akan pastikan anda menang semula,” kata Zahid pada majlis makan malam bekas ahli Belia 4B, pertubuhan yang disokong oleh Umno dan pernah dipimpin oleh Ali Rustam.

“Saya pergi ke Bukit Katil 2 kali, bercakap kepada rakyat dan pengundi anda. Bercakap kepada penyokong. Saya akan pastikan anda menang,” kata Zahid.

Pada PRU13, Ali dipindahkan untuk bertanding ke Parlimen Bukit Katil dan tewas di tangan calon PKR, Shamsul Iskandar Akin, dengan majoriti 5,447 undi.

Pada 2012, Ali mengundang kontroversi apabila beliau mengadakan kenduri perkahwinan anak lelakinya yang dihadiri kira-kira 130,000 tetamu. Majlis itu direkodkan dalam Buku Rekod Malaysia sebagai majlis perkahwinan paling ramai tetamu.

Pengkritik yang menggelar perkahwinan itu sebagai “kenduri mega” menganggarkan ia menelan belanja hingga RM13 juta, tetapi Ali berkata, beberapa syarikat membiayai acara dan beliau hanya membelanjakan RM600,000 untuk majlis kahwin “cara kampung” itu.

Berikutan kekalahannya, Ali dilantik sebagai senator. Beliau kini pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, badan kerajaan bagi menggalakkan keusahawanan Bumiputera. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...