Monday, 5 March 2018

Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz

Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz. Pengundi Cina di Padang Rengas malu dan berang dengan kenyataan biadap ahli Parlimen mereka terhadap jutawan Robert Kuok.

Tanpa mengira hubungan politik, penduduk kampung menggelengkan kepala apabila ditanya mengenai pandangan mereka terhadap pertikaman lidah antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz dan MCA berhubung kenyataan itu.

Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz. Penduduk di dua dari empat kampung baru Cina di kawasan luar bandar pada mulanya tidak mahu memberi komen. Bagaimanapun, kemarahan mereka itu jelas sebaik saja membuka mulut.

Nazri yang sudah lima penggal menjadi ahli Parlimen Padang Rengas menggelar Kuok "pondan" dan mencabar ahli perniagaan berusia 94 tahun itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tuduhan bahawa beliau membiaya DAP untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kuok menafikan tuduhan itu.

Timbalan Ketua MCA Padang Rengas Fon Kwi Lan berkata Nazri memburukkan lagi keadaan kerana enggan meminta maaf pada Kuok.

Ketua kampung Kampung Baru Limau Katil itu mengadu penduduk tidak berpuas hati dengan menteri itu yang jarang melawat mereka.

"Sepanjang lima tahun yang lepas, dia hanya datang sekali saja, iaitu pada majlis Tahun Baru Cina tahun lepas anjuran kelab Aunties (Padang Rengas)." kata Fon.


Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz


Katanya, walaupun beberapa kali merayu kepada Nazri supaya membaiki pendawaian gelanggang bola keranjang kampung, namun tiada susulan.

"Beberapa kali kami pergi ke rumahnya. Malah kami tunggu sampai lewat malam. Pendawaian itu sudah lapan tahun rosak," kata Fon.

Dia juga menafikan dakwaan Nazri yang pemimpin-pemimpin MCA tempatan berkempen untuk menentangnya pada pilihan raya umum 2013.

Menurut Nazri, kempen itu atas rasa dendam terhadap tindakannya yang menyokong Presiden MCA Liow Tiong Lai, dan menolak bekas presiden Chua Soi Lek dalam pemilihan parti.

"Kami berkempen untuknya (Nazri) pada 2013, tetapi suasana masa itu, terutamanya di kalangan pengundi muda ialah mahu ubah kerajaan. Apa yang kami boleh buat?" katanya.

Fon juga mengkritik Nazri yang melebihkan Kelab Aunties Padang Rengas dengan memberi peruntukan yang banyak untuk lawatan percuma tetapi enggan melawat penduduk lain serta tidak mempedulikan keperluan mereka.

"Kelab Aunties ialah kelab sosial, bukan badan politik. Ia juga kelab campuran wanita, termasuk penyokong pembangkang.

"Bila pilihan raya tiba, mereka akan undi diakah? Adakah mereka akan bantu beliau pasang sepanduk?" kata Fon dengan nada kecewa.

Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz


Kira-kira puluhan penduduk di Kampung Baru Padang Rengas yang berlainan fahaman politik juga mengadu Nazri tidak pernah melawat kampung mereka.

"Betulkah beliau ambil berat tentang kami? (Dr) Mahathir dan Anwar (Ibrahim) pun ada datang singgah sini," kata seorang penduduk kampung yang mahu namanya dirahsiakan.

Seorang ahli DAP dari Kampung Baru Padang Rengas yang mahu dikenali sebagai Wong merasakan tidak sesuai bagi seorang menteri bersikap sebegitu kasar.

"Saya tak mahu cakap banyak... Kita dah jadi bahan jenaka negara," katanya kepada The Malaysia Insight.

Nazri mempertahankan kerusi Padang Rengas dari PKR dengan majoriti tipis sebanyak 2,230 undi pada 2013 dan 1,749 undi pada 2008.

Pengundi Padang Rengas Berang Kebiadapan Nazri Aziz. Dengan hampir 30,000 pengundi berdaftar yang mana kebanyakannya adalah pekebun kecil dan penoreh getah, kerusi luar bandar di utara Perak terdiri dari 75% Melayu, Cina (15%0 dan India (10%). – the malaysian insight






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...