Tuesday, 6 March 2018

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta?

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta?Seorang ahli Parlimen PKR hari ini menggesa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengisytiharkan hartanya bagi membebaskannya daripada sebarang salah laku, selepas akaun hampir RM1 juta milik beliau dibekukan pihak berkuasa Australia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata dakwaan terhadap Najmuddin adalah serius dan membimbangkan.

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta? “Dakwaan terhadapnya sudah menjejaskan keyakinan rakyat dalam institusi keselamatan dan siasatan jenayah paling penting di negara ini.

“Timbalan perdana menteri dan ketua polis negara sejak itu membuat penafian. Saya juga mahu percaya kata-kata Najmuddin walaupun berasa sangsi, tetapi penafian semata-mata tidak mencukupi,” kata Sim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, cara paling mudah untuk membersihkan Najmuddin daripada sebarang salah laku ialah mengisytiharkan hartanya.

“Jika beliau mempunyai sebarang kekayaan luar biasa, ia boleh dikesan dengan mudah melalui cara itu. PKR sedia membantu Najmuddin menganalisis pengisytiharan hartanya bagi memulihkan nama baiknya.”

Sim yang juga wakil PKR dalam Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan (PH) berkata, gabungan pembangkang itu bercadang mewajibkan pengisytiharan harta untuk semua ahli Dewan Rakyat dan Negara serta pemimpin atasan kerajaan.

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta?


Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, siasatan dalaman membersihkan Najmuddin daripada sebarang salah laku pada 2016.

Katanya, siasatan itu berdasarkan dokumen sah yang membuktikan dana dalam akaun bank di Australia itu adalah hasil jualan rumah di Shah Alam bernilai RM700,000 (kadar tukaran mata wang ketika itu berjumlah A$260,770).

Beliau berkata, Najmuddin membuktikan deposit yang dibuat ke dalam akaun itu dari sumber dan tujuan sah.

Ia selepas Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia membekukan $320,000 (RM970,000) dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin kerana mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun itu yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

Menurut laporan itu, kemasukan wang kurang daripada A$10,000 bermula seminggu selepas Najmuddin melawat Australia pada 2016.

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta?


SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Najmuddin dipetik SMH berkata, beliau meminta seorang “kawan rapatnya di Malaysia” memindahkan wang itu untuk membayar yuran pengajian ijazah sarjana anak perempuannya.

Hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor memulakan siasatan ke atas Najmuddin berhubung pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Pengarah JSJ Bukit Aman Akan Isytihar Harta? Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dipetik The Sun sebagai berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pemberi maklumat semalam. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...