Tuesday, 6 March 2018

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukan Orang Hulu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukan Orang Hulu. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sedikit “naif” mengenai undang-undang Australia.

Beliau berkata, Najmuddin adalah pegawai kanan polis dan bukannya “orang hulu”, oleh itu beliau sepatutnya tahu prosedur dan amalan kewangan asas di Australia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukan Orang Hulu.  “Apakah mesej Zahid kepada dunia di sini? Adakah beliau kata salah seorang pegawai polis paling kanannya tidak tahu undang-undang dan itu bukan satu masalah?

“Tambahan, jika penjelasan Najmuddin boleh membebaskannya daripada liabiliti, mengapa pihak berkuasa Australia masih menyiasat perkara itu?” soal Ramkarpal dalam satu kenyataan.

Hari ini, Zahid dilaporkan berkata, Najmuddin mungkin sedikit “naif” tentang undang-undang Australia berkaitan pembiayaan pendidikan anaknya.

“Isu berkenaan pembiayaan wang itu timbul pada 2016 lagi dan Wan Ahmad sudah memberi penjelasan kepada saya berkaitan perkara itu dan saya menerima penjelasan terbabit dengan yakin bahawa beliau adalah jujur,” kata Zahid dipetik Berita Harian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukan Orang Hulu


“Cuma, beliau mungkin naif membabitkan undang-undang berkaitan penghantaran wang pembiayaan itu kerana walaupun wang itu diperoleh hasil jualan rumah, ia melebihi jumlah dibenarkan kerajaan Australia, iaitu hadnya adalah A$10,000.”

Jumaat lalu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan polis Australia membekukan akaun bank milik Najmuddin, dengan simpanan sebanyak A$320,000 (RM970,000).

Polis Australia mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun Bank Commonwealth milik Najmuddin, yang sudah lama tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

Pendeposit tidak diketahui mengunjungi cawangan dan mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh Australia, termasuk Queensland, Tasmania, Sydney dan Melbourne.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukan Orang Hulu


Ramkarpal berkata, tidak mungkin pihak berkuasa Australia menghentikan siasatan mereka hanya kerana Zahid berpuas hati dengan penjelasan Najmuddin atau namanya dibersihkan Bukit Aman melalui siasatan dalaman.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menyiasat Najmuddin dan kegagalan berbuat demikian dianggap kecuaian menjalankan tugas. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...