Friday, 2 March 2018

Patutlah Umno Boleh Tangguh Pemilihan Parti

Patutlah Umno Boleh Tangguh Pemilihan Parti. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan parti itu mengikut prosedur dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menangguhkan pemilihan parti.

Beliau berkata ia selaras dengan kelulusan JPPM dengan merujuk kepada Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

Patutlah Umno Boleh Tangguh Pemilihan Parti. Menjawab dakwaan PPBM mengatakan JPPM bersifat pilih kasih dalam isu tersebut, beliau berkata kelulusan penangguhan pemilihan parti sehingga 18 bulan itu berdasarkan struktur dan syarat dikehendaki selepas mengadakan mesyuarat parti peringkat cawangan hingga majlis tertinggi.

“Masalahnya PPBM ini sebenarnya mereka mesyuarat cawangan pun tiada. Kita mempunyai struktur dan ikut apa yang dikehendaki JPPM… jadi jangan salahkan JPPM bila parti mereka susah mendapat kelulusan pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Wilayah Persekutuan semalam.

Menurut laporan media, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mendakwa keputusan JPPM meluluskan penangguhan pemilihan parti Umno jelas bercanggah dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.

Patutlah Umno Boleh Tangguh Pemilihan Parti


Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, ketika PPBM berdepan isu sama, JPPM menolak sebarang penangguhan dibuat sebaliknya mendesak segera dilaksanakan sekiranya mahu lulus berdaftar sebagai sebuah parti.

Tengku Adnan turut memaklumkan, Pemilihan Umno diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya 19 April 2019.

“Penangguhan tersebut bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan proses pemilihan dalam Umno berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti,” katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berjumlah RM70,000 kepada 3,500 golongan kurang bernasib baik pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu.

Patutlah Umno Boleh Tangguh Pemilihan Parti


Seramai 250 orang komuniti Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam kurang berkemampuan turut menerima sumbangan sejumlah RM27,500 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada majlis itu. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...