Tuesday, 20 March 2018

PAS Mula Panik.. Ini Buktinya?

PAS Mula Panik.. Ini Buktinya? Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan di negara ini selepas PRU14, mampu menjadi kenyataan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Pas bukan NGO atau gerakan Islam sebaliknya sebuah parti politik yang fleksibel mengikut arus semasa.

“Pas dilihat mempunyai Plan B untuk berdepan realiti politik. 

PAS Mula Panik.. Ini Buktinya? Walaupun menetapkan syarat bagi sebarang kerjasama yang ingin dijalankan bersama mereka tetapi BN dan Pakatan Harapan boleh memenuhi syarat yang dikemukakan atau Pas meninggalkan prinsip mereka.

“Sebagai sebuah parti yang berbentuk fleksibel, mereka pernah menolak prinsip asal iaitu dengan menyertai PR yang ada DAP di dalamnya. Sejarah juga memperlihatkan Pas pernah berada dalam BN dan pernah bekerjasama dengan seteru untuk menang di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Pas dilihat lebih terbuka berbanding sebelum ini dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menyentuh soal kerjasama antara parti.

PAS Mula Panik.. Ini Buktinya?


“Mungkin mereka sedar sekarang ini mereka berada dalam keadaan panik selepas melihat begitu ramai orang hadir mendengar ceramah  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kelantan,” katanya.

PAS Mula Panik.. Ini Buktinya? Menurutnya, meskipun Pas dilihat mendabik dada selepas mengisytiharkan mereka sebagai ‘kingmaker’ namun wujud kegusaran dalam soal hayat politik parti itu pada masa akan datang. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






3 comments:

  1. pas adalah sampah!

    ReplyDelete
  2. cash is king 'maker'... itulah pas.

    pas tk menunjukkan dia nutral antara bn dn ph.

    pas berat ke bn dn sgt memusuhi ph.

    amat tidak masuk akal pas nk jadi king maker kpd pemenang pru.

    tk mungkin pas nk jadi munafik haraki dgn memihak ph yg ada dap jika ph menang pru.

    sebaiknya pas jd ngo ala tabligh yg berdakwah dgn jelas

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...