Thursday, 1 March 2018

PAS Bidas Kerajaan Malaysia

PAS Bidas Kerajaan Malaysia. PAS berkata kerajaan Malaysia patut berasa malu dengan tindakan Indonesia merampas kapal layar mewah milik peniaga Low Taek Jho atau Jho Low, antara yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB.

“Kerajaan patut malu dengan tindakan pelbagai negara yang bertindak ke atas dana diselewengkan itu,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PAS Bidas Kerajaan Malaysia. Menurutnya, tindakan kerajaan Indonesia menyita kapal layar bernama “Equanamity” bernilai RM1 bilion itu wajar dipuji kerana selaras dengan peraturan antarabangsa.

“Tanpa tindakan undang-undang, maruah negara dan pemimpin akan terus tercemar.”

Indonesia semalam menyita kapal layar itu di Bali, dalam siasatan rasuah berbilion dolar dikaitkan dengan dana 1MDB, kata polis.

Media Indonesia menyiarkan gambar pegawai Indonesia dengan kru di atas kapal layar mewah itu yang berlabuh di Teluk Benoa.

PAS Bidas Kerajaan Malaysia


Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tindakan kerajaan Switzerland mengambil alih wang berkait hasil rampasan 1MDB sebagai untung “atas angin”.

Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer dilaporkan berkata dana itu disalurkan kepada Perbendaharaan Persekutuan negara itu kerana tiada pihak menuntutnya.

Tuan Ibrahim berkata Malaysia rugi kerana melepaskan peluang bertindak menyelamatkan wang tersebut.

DoJ sebelum ini dalam permohonan sivil di mahkamah AS mahu merampas aset lebih AS$1.7 bilion, yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB.


PAS Bidas Kerajaan Malaysia


DoJ kini menangguhkan permohonan itu selepas melancarkan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Jho Low dinamakan sebagai orang penting dalam tindakan AS itu, dan didakwa menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

PAS Bidas Kerajaan Malaysia. Menurut laman web sewaan mewah, yachtcharterfleet.com, bahagian dalaman kapal itu dihiasi marmar dan daun emas, serta dilengkapi sebuah spa dan sauna, kolam renang sepanjang 20m di atas dek, teater filem, lif dan helipad. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...