Wednesday, 28 March 2018

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula?

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula? Seorang anggota parlimen hari ini mencabar tiga parti komponen BN menolak cadangan persempadanan semula yang dibentangkan hari supaya ia sesuai dengan pendirian terdahulu parti terbabit.

Kata Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) sebelum laporan disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dibentangkan di parlimen pemimpin MCA, MIC dan Gerakan ada menyatakan kebimbangan mereka.

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula? Katanya antara isu yang menarik perhatian pimpinan parti komponen BN itu ialah pola pengagihan pengundi yang dipisahkan mengikut kaum.

Bagaimanapun seperti biasa ucapan Ong diganggu oleh beberapa anggota parlimen BN, termasuk Budiman Mohd Zohdi (Sungai Besar) dan Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang).

Keadaan menjadi makin panas dan suasana Dewan Rakyat diisi dengan jeritan daripada kedua-dua pihak.

Pada 28 Dis lalu Malaysiakini melaporkan seorang pemimpin MCA Selangor membantah cadangan SPR mewujudkan dua kawasan parlimen baru - P106 Damansara dan P107 Sungai Buloh - daripada kawasan sedia ada, iaitu Subang dan Petaling Jaya Utara.

BL Yong dari MCA Subang berkata cadangan SPR akan mewujudkan perbezaan pengundi yang besar antara dua kawasan yang dicadangkan itu.

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula?


Simpan tenaga sikit

Pada 17 Sept 2017 pula Malaysiakini melaporkan Gerakan turut menganggap cadangan SPR itu lebih mengutamakan penguasaan sesuatu kaum berbanding memastikan wujud keseimbangan di sesuatu kawasan pilihan raya.

Kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong, perubahan itu akan menjurus kepada pilihan raya yang memusnahkan saki-baki keharmonian antara kaum yang wujud di Malaysia.

"Persempadanan semula ini sepatutnya melihat komposisi etnik Melayu, India dan Cina mewakili semua rakyat Malaysia dan bukannya dominasi satu kaum," kata Yong.

Sebelum Ong menamatkan ucapannya, dia kemudian mencabar wakil MCA, Gerakan dan MIC untuk menolak cadangan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula?


Sementara itu Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said menasihati anggota parlimen supaya tidak bertengkar dan menunjukkan teladan yang baik, terutama ketika ada pelawat berada di situ.

"Simpan sikit tenaga tu yang berhormat, kita kan nak berkempen," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Parti Komponen BN Bantah Persempadanan Semula? Ong adalah anggota parlimen pembangkang ketiga diberi ruang berbahas selepas Datuk Seri Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu). - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...