Sunday, 11 March 2018

Najib Akan Tercirit?

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan siri jelajah gabungan itu di Kelantan paling meriah pernah disaksikannya sepanjang mengikut program itu di seluruh negara.

Berucap di hadapan ribuan rakyat di Bachok malam tadi, Mahathir berkata sambutan diterima di negeri Cik Siti Wan Kembang itu pasti menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lena tidur.

"Saya berpendapat bahawa perhimpunan malam ini adalah yang terbesar sejak HARAPAN buat rapat-rapat umum. Apabila dilihat bilangan yang hadir ke ceramah HARAPAN menjadi begitu ramai, fikirkanlah Najib.

"Kalau beliau ada di sini malam ini, dia tercirit. Saya ingat dia nak berdiri pun tak boleh. Najib memang takut," katanya yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dianggarkan, lebih 8,000 membanjiri ceramah HARAPAN yang diadakan berhampiran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, itu.

Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan pimpinan di peringkat negeri.

Sementara itu, Dr Mahathir mendakwa Najib akan menggunakan pelbagai helah bagi memastikan BN menang dan mengekalkan kuasa.

Katanya, antara langkah yang diambil adalah melalui proses persempadanan semula bagi mencipta lebih banyak kerusi mengikut kaum.

"Najib percaya orang Melayu akan menyokong BN, dengan bagi duit mereka akan undi. Ini tidak betul, kita ambil saja duit tu tapi pangkah HARAPAN," katanya.

'Sekarang panggil Mat Sabu tuan haji'

Mengakui penglibatannya dalam HARAPAN sebagai aneh dan luar biasa, Mahathir berkata langkah itu bukan sebab beliau mahu menjadi perdana menteri semula, sebaliknya kerana ingin menumbangkan Najib.

"Bukan muda, tak pernah termimpi saya nak duduk sebelah Mat Sabu, dulu saya sumbat dia ke Taiping (Kem Tahanan ISA).

"Sekarang dia dan saya duduk sebelah, berbisik-bisik. Ini benda pelik, kenapa pelik? Kerana keadaan negara kita memerlukan kita bertindak lebih daripada biasa.

"Ya dulu dia (Mohamad) musuh saya, panggil saya mahafiraun, tapi sekarang saya panggil dia Tuan Haji Mohamad Sabu," katanya disusuli tepukan dan sorakan gemuruh penyokong.

Sebagai rekod, Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri, manakala Dr Wan Azizah sebagai timbalannya sekiranya HARAPAN memenangi PRU14 nanti. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...