Thursday, 1 March 2018

Musuh PAS Bukan Umno Dakwa Ketua Dewan Ulamak

Musuh PAS Bukan Umno Dakwa Ketua Dewan Ulamak. Pas kini dilihat bukan lagi menyasarkan Umno sebagai musuh utama mereka sebaliknya sasaran itu telah diubah kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengesahkan, objektif mereka untuk jatuhkan AMANAH di negeri Johor dalam satu ucapan di program Fastaqim 2.5 di negeri itu.

“Kita nak jatuhkan AMANAH yang tidak amanah. Kalau tuan-tuan kalah di Parit Yaani, malulah nak letak mana muka Pas di sini?” ujarnya.

Musuh PAS Bukan Umno Dakwa Ketua Dewan Ulamak. Program Fataaqim 2 Pas yang diadakan di Dun Parti Raja. Dalam pada itu, Umno yang menjadi musuh tradisi Pas sejak sekian lama tidak dibangkitkan.

Tapak program berada di Dun Parit Raja yang dimenangi Umno tidak langsung disentuh oleh beliau.

Selain itu Pas Johor hanya menyasarkan kemenangan bagi 12 kerusi Dun Johor sahaja dan tidak berminat untuk memerintah negeri Johor.


Musuh PAS Bukan Umno Dakwa Ketua Dewan Ulamak


“Maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU13 iaitu 12 Dun (dari 4 Dun) di Johor ini.

“Kita boleh menjadi pembangkang yang kuat, pembangkang yang efektif dan juga boleh jadi ‘king maker’ di negeri Johor ini,” sambung Mahfodz.

Musuh PAS Bukan Umno Dakwa Ketua Dewan Ulamak. Mahfodz juga menyarankan agar ahli Pas berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang dikhendaki oleh partinya. - malaysia dateline





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...