Tuesday, 6 March 2018

Mahfuz Omar Berteka Teki Lagi

Mahfuz Omar Berteka Teki Lagi. Teka-teki parti yang menjadi pilihan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar masih belum terungkai.

Pengunduran bekas Naib Presiden Pas itu berkuat kuasa pada 1 Januari  setelah bersama parti Islam itu sejak 34 tahun lalu.

Mahfuz berkata, beliau akan membuat kejutan berhubung keputusannya pada pertengahan sidang Parlimen ke-13 yang bermula hari ini.

Mahfuz Omar Berteka Teki Lagi.  “Saya dah ada parti  pilihan hati, tapi saya belum putuskan sama ada untuk menyertai parti atau kekal bebas.

“Tapi saya akan umumkan pada pertengahan persidangan Parlimen kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Bagaimanapun, Mahfuz belum muktamadkan keputusannya sama ada akan akan bertanding pada PRU14 atau tidak.

“Saya tak pasti sama ada akan bertanding atau pun tidak pada PRU akan datang, tapi apa yang pasti saya akan membantu komponen Pakatan Harapan untuk mempertahankan kerusi Pokok Sena.


Mahfuz Omar Berteka Teki Lagi


“Apa saja logo Harapan yang akan berentap di Pokok Sena saya akan bantu memenangkannya,” tegasnya.

Menurut Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah ini juga, teka teki yang dimainkan beliau adalah gaya tersendiri.

“Sertai parti atau kekal bebas ini cara saya, biasalah setiap orang ada gaya tersendiri.

“Saya masih ada beberapa misi tertentu untuk diselesaikan dengan akar umbi Pas,” jelasnya.

Mahfuz Omar Berteka Teki Lagi.  Namun, Mahfuz dengan penuh keyakinan menyatakan penyokong Pas di Pokok Sena kini sudah ramai yang terarah kepada menyokong Harapan. - sinar harian





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...