Wednesday, 21 March 2018

Mahathir Dedah Saluran Media Asing Yang Digunakan Pakatan Harapan

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menggunakan khidmat media asing dalam usaha melaporkan skandal kewangan negara, 1MDB.

Katanya, tindakan Pakatan Harapan menggunakan saluran media luar demi ketelusan membongkar kisah penyelewengan yang tidak dapat sepenuh ketelusan di Malaysia.

“Kalau media tempatan dah  tak boleh lapor berkenaan 1MDB, RM 2.6 bilion, malah pemimpin Umno sendiri tak boleh bercakap langsung isu ini dalam Dewan Rakyat tak boleh bercakap apa kita nak buat?

“Kita terpaksalah guna saluran media luar, BN bolehlah mereka ada banyak duit untuk upah penganalisis dari Cambridge,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Mac lalu bahawa pakatan pembangkang meminta campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan BN serta menganggapnya sebagai langkah politik pengecut. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...