Wednesday, 7 March 2018

Kejutan Dari Ibu Pejabat SPRM?

Kejutan Dari Ibu Pejabat SPRM? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berhubung wang A$320,000 (RM971,483) yang didepositkan ke akaun bank miliknya di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu selepas menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Kejutan Dari Ibu Pejabat SPRM?  Beliau berkata pihaknya kini membuka kertas siasatan kes berkenaan dan meminta mana-mana pihak supaya memberi ruang kepada SPRM untuk menyiasat kes itu.

Jumaat lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 2016 oleh polis Australia sebelum Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kemudiannya menjalankan siasatan dalaman.

Kejutan Dari Ibu Pejabat SPRM? 


Siasatan awal JIPS mendapati akaun tersebut pada awalnya dibuka oleh Najmuddin pada 2011 bagi memudahkan penyaluran dana pembiayaan pengajian diploma anak lelakinya di Australia, hasil penjualan rumahnya di Shah Alam. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. Lagu Mimpi di Siang Hari nyanyian Brorey Marantika.

    ReplyDelete
  2. BUKA KERTAS SIASATAN......zzzzzzzzzzzz.....KES DITUTUP( macam biasa)

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...