Friday, 9 March 2018

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14. Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir.

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14. “Matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi,” kata buku itu.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
  1. Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  3. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14


Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):
  1. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  2. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  3. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  4. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Bagi menegakkan keadilan bagi Sabah, Sarawak dan rakyat seluruhnya, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:
  1. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
  3. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14


Menerusi buku bertajuk “membina negara memenuhi harapan” ini, gabungan pembangkang itu turut menggariskan 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dan 5 iltizam.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata Pakatan Harapan tidak akan mampu melaksanakan janji-janji ini jika gabungan itu gagal menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14.

“Kalau kita kalah, janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan. Walaupun kita yakin menang tapi hari ini kita belum menang dan kita perlu berusaha mencapai kemenangan. Ketepikan perkara lain, ketepikan kepentingan peribadi, kita akan menang.”

Intipati Manifesto Pakatan Harapan Untuk PRU14. Turut hadir di majlis malam tadi, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Manifesto PH ini tidaklah komprehensif, tapi rasanya cukup untuk memenuhi kehendak rakyat -- pada masa ini. PRU14 edisi kali ini agak getir & kritikal...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...