Sunday, 18 March 2018

Insiden Memalukan Rosmah Mansor?

Insiden Memalukan Rosmah Mansor?Insiden yang menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki enggan membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mencium pipinya baru-baru ini bersebab, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Izz merupakan seorang anak autisme.

Insiden Memalukan Rosmah Mansor? “Dia mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah matematik dan kimia pada usia enam tahun.

“Kepintaran Izz membolehkan dia diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Permata Pintar, sebuah pusat untuk anak-anak pintar yang diilhamkan oleh Rosmah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Rosmah telah meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan Izz di Permata Pintar.

“Pada usia enam tahun, Izz merupakan pelajar paling muda di pusat itu memandangkan rata-rata pelajar berusia belasan tahun.

“Anak-anak autisme tidak seperti kanak-kanak yang biasa, mereka mempunyai telatah dan cara mereka tersendiri,” jelasnya.

Insiden Memalukan Rosmah Mansor?


Katanya, ramai di antara mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan daripada ahli keluarga mereka.

“Jadi tidak hairanlah Izz agak malu apabila bersama dengan Rosmah,” katanya.

Namun, katanya, apa yang dikesalkan adalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan situasi ini.

“Seolah-olah tidak ada hormat dan sedikitpun rasa simpati terhadap kanak-kanak autisme.

“Siang malam hanya memikirkan soal bahan yang boleh di muatnaik untuk jadi cerita politik dan bahan cercaan,” katanya.

Sepatutnya mereka-mereka ini meraikan kisah kepintaran Izz sehingga mampu menjadi pelajar di Pusat Permata Pintar.

“Tapi, berlainan dengan mereka di sebelah sana yang sibuk mencaci dan mencerca.

Insiden Memalukan Rosmah Mansor?


"Rosmah pula berusaha menubuhkan pusat Permata Kurnia untuk membantu anak-anak autisme,” katanya.

Tambahnya, Pusat Permata Pintar pula ditubuhkan untuk mendidik anak-anak pintar yang akan menjadi aset negara pada masa hadapan. Inilah perbezaan antara kita dan mereka.

“Mereka yang telah ‘share’ video tersebut, eloklah bermuhasabah diri dan padam kembali.

"Anda seolah-olah menghina anak-anak autisme, lebih-lebih lagi anak yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti Izz,” katanya.

Insiden Memalukan Rosmah Mansor? Kelmarin tular Sebuah video yang disebarkan oleh laman Facebook ‘Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad’ menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak enggan membenarkan Rosmah mencium pipinya. - sinar harian




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...