Saturday, 17 March 2018

Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan...

Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan. Hutang Malaysia sudahpun melebihi tanda aras RM1 trilion sekiranya pinjaman dijamin Putrajaya diambil kira, kata ahli ekonomi.

Ahli ekonomi itu menjawab kenyataan terbaru dikeluarkan Perdana Menteri Najib Razak yang hutang Malaysia akan meningkat sehingga RM1.1 trilion sekiranya janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan tol ditepati.

Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan. Najib mengatakan janji PH akan menyebabkan Malaysia menanggung hutang tambahan sebanyak RM416 juta disamping hutang semasa negara berjumlah RM685 bilion, seterusnya menjadikan hutang negara melebihi RM1 trilion.

Bekas ahli ekonomi Bank Dunia Dr Lim Teck Ghee, bagaimanapun, mengatakan ia hanyalah taktik “kejutan dan kagum” pilihan raya kerana hutang kerajaan persekutuan setakat September 2017 sudahpun hampir RM700 bilion.

“Dan ini tidak termasuk hutang jaminan kerajaan, termasuklah daripada 1Malaysia Development Bhd yang bernilai lebih RM200 juta,” kata Lim kepada The Malaysian Insight.

“Malah jika hutang kerajaan persekutuan BN terus berkembang pada kadar serupa seperti mana dekad lepas, ia akan mencecah lebih RM1 trilion menjelang 2012; RM2 trilion pada 2028 dan RM3 trilion menjelang 2032 menurut anggaran yang boleh dipercayai,” kata CEO Pusat Inisiatif Polisi (Invoke) itu lagi.

Lim berkata walaupun perdana menteri dan pemimpin BN mempunyai hak untuk bertanya kesan kepada kewangan negara sekiranya GST dan sumber perolehan penting lain dihapuskan PH, beliau seharusnya mengutarakan kebimbangan itu terlebih dahulu kepada “kepimpinan dan kerajaan” pimpinannya.

Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan


“Memandangkan hutang yang perlu ditanggung generasi akan datang kerana keborosan, ketirisan dan salah tadbir kerajaan, banyak pihak merasakan amaran itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan dan kerajaannya terlebih dahulu,” kata bekas professor Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya itu.

Tanpa mengambil kira pinjaman dijamin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan sudahpun berkembang secara puratanya melebihi 10% daripada RM266.7 bilion pada 2007 kepada RM671.5 bilion pada 2017.

Ahli ekonomi bebas dan perunding kewangan Azrul Azwar Ahmad Tajudin pula mengatakan hutang kerajaan persekutuan sudah menghampiri 70% KDNK negara.

Malaysia menetapkan 55% had hutang kerajaan persekutuan.

“Jika kita tambah jumlah setakat penghujung suku ketiga 2017, hutang kerajaan persekutuan dan hutang jaminan kerajaan dalam penyata kewangan yang dipertanggungjawabkan masing-masing sebanyak RM687.430 bilion dan RM226.876 bilion, jumlah sebenar adalah RM914.306 bilion, tak jauh daripada batasan RM1 trilion. Ia menyamai lebih 70% KDNK,” kata Azrul.

Ditanya mengenai sama ada hutang akan melebihi RM1 trilion dengan penghapusan GST dan tol, bekas ahli ekonomi untuk kerajaan Selangor itu mengatakan ia hanyalah “hutang hipotetikal” oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar.


Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan


“Ia hanyalah menurut kaedah penilaian yang hanya diketahuinya yang saya rasa adalah jumlah nilai keseluruhan tanpa mengambil kira penyeimbangan akaun dan mekanisma lain untuk mengekalkan harga yang rendah.”

Katanya, banyak pihak menimbunkan potensi kehilangan pendapatan kerana cadangan PH menghapuskan GST (RM45 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion) dengan jumlah keseluruhan bon yang perlu diambil kerajaan persekutuan untuk mengambil alih konsensi tol (RM338 bilion menurut kaedah penilaian Kementerian Kewangan).

Hutang Negara, Angka Yang Mengejutkan. “Kerana itu, menurut anggaran ketua setiausaha perbendaharaan, potensi kehilangan pendapatan tahunan boleh mencecah RM51.3 bilion dan jumlah hutang boleh naik sebanyak RM338 bilion sedangkan tiada anggaran potensi pendapatan lain diberikan,” kata Azrul lagi. – the malaysian insight





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...