Thursday, 1 March 2018

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low. Ketika rampasan kapal mewah Jho Low menghias dada media antarabangsa, akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris di Malaysia memilih tidak mengetengahkan isu itu.

Perkembangan besar melibatkan siasatan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) itu dikesan tidak dimuatkan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Straits Times.

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low. Harian Umno, Utusan Malaysia di muka depannya melaporkan acara Transformasi Nasional 2050 (TN50) mnelibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian pula memfokuskan kepada isu lambakan produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dan tiruan.

Bagaimanapun, Utusan, di versi atas taliannya hari ini, menyiarkan artikel mendakwa rampasan kapal itu tiada kaitan dengan 1MDB.

Berita Harian dalam versi atas taliannya pula memetik jurucakap Jho Low yang berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Antara akhbar utama berbahasa Melayu, hanya Sinar Harian melaporkan rampasan semalam. Sinar memuatkan iklan acah rampasan itu di muka depan dan menyiarkan laporannya di halaman 10.

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low


Polis Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat semalam merampas kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan dana yang disalah guna bersumberkan 1MDB.

Dalam rampasan di Bali itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ, AS "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris, The Star di muka depannya melaporkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap “Datuk Seri” yang didakwa menerima RM19 juta bagi menutup siasatan terhadap projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low


Tindakan itu turut dilaporkan New Straits Times di halaman utamanya, yang turut mengetengkan rancangan imigresen untuk menapis pembantu rumah asing yang mempunyai rekod jenayah dan acara TN50 seperti Utusan.

Tiada laporan berkaitan rampasan Equanimity di halaman dalamnya.

Bagaimanapun, kedua-dua The Star dan New Straits Times melaporkan rampasan itu serta respon Low dalam versi atas talian mereka.

Harian Umno Abaikan Berita Penahanan Kapal Mewah Jho Low. Kesemua akhbar Cina melaporkan rampasan itu. Malah Sin Chew Daily dan Oriental Daily memuatkannya di muka depan. -  malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...