Monday, 26 March 2018

Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini?

Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini?Lebih 1,600 orang yang kebanyakannya dari Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menyerahkan borang permohonan mereka untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Kumpulan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambun Laut, Ismail Diman, itu menyerahkan borang mereka kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu sesi perjumpaan dengan rakyat di sini.

Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini? Shafie mendakwa tindakan kumpulan itu menunjukkan mereka tidak gembira dengan BN yang mengabaikan penduduk di kawasan luar bandar sejak parti itu mengambil alih Sabah lebih 20 tahun lalu.

“Di kawasan luar bandar Sabah, rakyat dahagakan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Rakyat menghadiri acara (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Razak kerana mereka diberikan beras, gula, motor sangkut dan barang lain.

“Hari ini, di sini, walaupun hujan dan saya tidak membawa sebarang hadiah untuk mengumpan anda semua, anda datang berduyun-duyun untuk menyokong Warisan.

“Saya simpati dengan anda. Saya faham situasi anda. Apabila Warisan berkuasa, semua ini akan berubah. Saya akan pastikan wakil rakyat saya berkhidmat untuk anda selayaknya.”

Ahli Parlimen Semporna itu menasihatkan hadirin tidak terpedaya dengan janji pemimpin BN yang rakyat perlu mengundi parti itu demi pembangunan.

“Tetapi, adakah anda masih mahu mengundi orang seperti itu apabila mereka tidak membuat apa-apa untuk anda?”

Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini?


Katanya, jika rakyat tidak memilih untuk perubahan sekarang, mereka akan terus merana bagi 5 tahun akan datang apabila pemimpin BN lebih kaya.

Beliau turut mempersoalkan pemimpin seperti Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili yang gagal memperjuangkan hak Sabah.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan Najib di Kiulu baru-baru ini, lebih banyak jalan akan dibina di kawasan itu jika rakyat menyokong calon BN di Tuaran.

“Projek pembangunan BN kini datang dengan syarat?” soalnya.

Shafie berkata, Warisan berjanji kepada rakyat di utara Sabah akan membina pelabuhan laut dalam di Kudat untuk memanfaatkan trafik laut di rantau itu.

Dengan adanya pelabuhan itu, akan wujud pelbagai aktiviti sampingan dalam industri perkhidmatan dan pembuatan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan.

“Rakyat di Kudat dan Kota Marudu tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Akan ada banyak kerja di sini dan perdagangan akan berkembang.”

Shafie berkata, Warisan tidak bimbang dengan penyertaan banyak parti politik pada PRU14 kerana rakyat matang dari segi politik dan tahu parti mana mampu membentuk kerajaan.

“Saya pasti mereka tidak akan mengundi parti yang hanya boleh menang di satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan tidak mampu menggulingkan BN.


Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini?


“Warisan boleh bertanding di semua kerusi jika kita mahu, tetapi kita akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Sebab kenapa pemimpin veteran seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersatu untuk menjatuhkan BN kerana mereka mahu menyelamatkan negara.”

Shafie berkata, beliau juga sayangkan Sabah dan mahu menyelamatkan negeri itu daripada terus merana dan itu sebabnya beliau melepaskan jawatan selesa di peringkat persekutuan dengan mempertikaikan dasar Najib.

Antara mereka yang menyertai Warisan pada Ahad ialah bekas exco Parti Harapan Rakyat Sabah di Kota Marudu, ahli Parti Reformasi Negeri (STAR) serta Maklin Monsiou, aktivis dari Pitas yang memperjuangkan hak Sabah.

Gegak Gempita BN Sabah Kerana Berita Ini? Turut hadir ialah bekas timbalan presiden Parti Cinta Sabah, Paul Voon, bekas presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Kong, bekas timbalan menteri ketika pemerintahan Berjaya, Datuk Ahmad Shah Tambakau dan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Rakyat Sabah kene sedar terutama bumiputera.

    Rakyat Semenanjung telah lama tertipu khususnya bumiputera.

    Kawasan sekeliling maju, tapi dimanakah bumiputeranya?

    Di kampung, bumiputera tanam sawit dan padi. Tauke kilang atau orang tengah adalah bangsa lain.

    Di bandar, bumiputeranya tinggal kat flat atau yang ada duit sikit tinggal di pinggir bandar. Yang tinggal kat condo mewah dan banglo, bangsa lain.

    Sebenarnya kalau kita tak kira bangsa pun, yang teruknya rakyat biasa. Yang kaya, KRONI.

    Wahai rakyat Sabah Sarawak! JANGAN TERTIPU DENGAN PEMBANGUNAN B END.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...