Thursday, 15 March 2018

Forum HINDRAF Yang Dihadiri Mahathir Bertukar Kecoh

Forum HINDRAF Yang Dihadiri Mahathir Bertukar Kecoh. Satu forum anjuran Hindraf bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terhenti selepas keadaan bertukar tegang di sesi soal jawab.

Penganjur sebelum itu menetapkan semua soalan harus diserahkan sebelum acara bermula.

Keadaan bagaimanapun jadi tidak keruan selepas seorang peserta bangun bertanyakan kepada bekas perdana menteri itu mengapa dia tidak campurtangan dalam skandal Maika Holdings.

Forum HINDRAF Yang Dihadiri Mahathir Bertukar Kecoh. Soalan itu tidak diserahkan semasa diminta, menyebabkan seorang ahli Hindraf menegur peserta itu dan berkata forum malam ini bukan “forum peribadi”.

Teguran itu menyebabkan suara-suara ditinggikan dan gangguan lisan daripada hadirin. Penganjur terpaksa campurtangan dan berkata sesi soal jawab perlu ditamatkan.

Keputusan itu menyebabkan seorang lagi peserta membantah mengatakan tindakan itu tidak adil.

Dr Mahathir, yang memimpin negara selama 22 tahun, bagaimanapun mencelah dan berkata dia akan menjawab beberapa lagi soalan dan mengambil 3 lagi soalan tambahan sebelum penganjur menggulung acara.


Forum HINDRAF Yang Dihadiri Mahathir Bertukar Kecoh


Bekas perdana menteri itu, yang tampak tenang sepanjang kekecohan itu berkata: “Tidak apa. Saya sudah biasa.”

Bekas menteri dan presiden MIC Tun Samy Vellu menubuhkan Maika pada 1982 bagi membolehkan masyarakat India menyertai pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif itu bagaimanapun gagal memberi pulangan yang baik.

Pada 2000, syarikat gagal itu diambil alih oleh syarikat G Team Resources milik hartawan G Gnanalingam pada harga RM106 juta untuk membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit dan membayar pemegang saham.

Forum HINDRAF Yang Dihadiri Mahathir Bertukar Kecoh


Terdahulu, Dr Mahathir mengambil soalan daripada hadirin termasuk tentang rancangan Pakatan Harapan untuk masyarakat India.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...