Tuesday, 13 March 2018

Dato Seri Lemas Di Kuantan

Dato Seri Lemas Di Kuantan. Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya terselamat selepas sampan dinaiki terbalik di pantai Sungai Ular di Kuantan, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng (JBPM) Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed berkata mangsa dikenali sebagai Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin, 60, beralamat di Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Manakala mangsa yang terselamat ialah Mohamad Huzaifah Ahmad, 38.

Dato Seri Lemas Di Kuantan. "Mangsa sebelum itu dilaporkan menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang di tengah laut.

Bagaimanapun ketika anak saudaranya hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut pada kedalaman lima meter, “ kata beliau.

"Mangsa cuba diselamatkan anak saudaranya, namun gagal disebabkan keadaan ombak besar pada ketinggian tiga meter," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di Kuantan malam ini.


Dato Seri Lemas Di Kuantan


Menurutnya selepas 15 minit sampan itu karam, mayat mangsa ditemui terapung oleh anak saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.

Anak saudaranya kemudian membawa mayat mangsa ke gigi air sebelum menghubungi bomba untuk bantuan kecemasan.

"Bomba menerima laporan pada pukul 9.53 malam, tiba di lokasi 10.02 malam dengan kekuatan 12 anggota cuba memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa, namun didapati telah meninggal dunia," katanya.

Dato Seri Lemas Di Kuantan


Mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...