Tuesday, 13 March 2018

Bung Mohktar Radin Disindir Ahli Politik Baru

Bung Mohktar Radin Disindir Ahli Politik Baru. Ditempelak sebagai orang baru dalam politik dan hanya menyiapkan kajian menggunakan komputer riba yang ditaja, Wan Saiful Wan Jan tidak melatah dengan kecaman dibuat Datuk Bung Mokhtar Radin semalam.

Timbalan Ketua Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Wan Saiful Wan Jan sebaliknya berkata 'sukar' untuknya memberi penjelasan kepada anggota parlimen Kinabatangan berkenaan.

Bung Mohktar Radin Disindir Ahli Politik Baru. "Saya tak pasti sama ada dia cuba bermetafora lagi tapi saya tak pasti apa yang cuba disampaikannya.

"Untuk membantu Bung Mokhtar membuat penjelasan, boleh tak saya cadangkan supaya dia meminta RTM1 menjadi hos kepada kami mengadakan program secara langsung?

"Jangan hanya menggelisah di tempat yang dia rasa selamat," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Bung Mokhtar yang terkenal dengan kata-kata yang berterus terang itu menyindir Wan Saiful selepas bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mempersoalkan logika mengaitkan kegemukan rakyat dengan kemakmuran sesebuah negara.


Bung Mohktar Radin Disindir Ahli Politik Baru


Dalam surat terbuka ditulisnya Bung Mokhtar berkata di sebalik dikritik semberono kebanyakan orang - terutama orang yang melompat kapal seperti kamu - pengundi Kinabatangan jatuh cinta kepadanya sejak menyertai politik pada 1999.

"Berapa umur kamu ketika itu? Adakah kamu masih seorang pelajar?" kata Bung Moktar.

Anggota Umno berusia 58 tahun itu juga mendakwa dia salah seorang seorang ahli politik kanan BN yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh politiknya.

Bung Mokhtar kemudian mencabar Wan Saiful bertanding menentangnya di Kinabatangan.


Bung Mohktar Radin Disindir Ahli Politik Baru


Kata Wan Saiful jika Bung Mokhtar benar seorang "senior" serta berpengalaman seperti didakwa, ahli politik terbabit sepatutnya sedar BERSATU tidak akan ke Sabah atau Sarawak.

"Inilah masalah apabila tak buat kerja rumah yang cikgu bagi..." katanya secara sinis. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...