Wednesday, 28 March 2018

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini..

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini. Pengundi muda di bawah umur 40 tahun kini berpecah, dengan mereka yang pertama kali mengundi cenderung menyokong Barisan Nasional (BN), kata badan penyelidik Ilham Centre.

Kebanyakan mereka yang berumur antara 21 hingga 25 tahun bakal menjadi pengundi utama BN sementara mereka yang berumur lebih 25 tahun cenderung menolak pentadbiran Najib, kata penganalisis politik Hisommudin Bakar.

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini. Sentimen berbeza ini berpunca daripada faktor kos sara hidup dan tekanan ekonomi yang lebih dirasai oleh kelompok berumur 25 tahun ke atas, kata pengarah eksekutif Ilham Centre itu.

Berdasarkan kajian kumpulan fokus terbarunya di Johor dan Kelantan, Hisommudin berkata Johor akan kekal jadi kubu kuat Umno dan BN biarpun berdepan asakan hebat kempen Pakatan Harapan (PH).

PAS bagaimanapun berkemungkinan besar akan tumbang selepas mentadbir Kelantan hampir 30 tahun namun kemungkinannya masih terbuka parti mana yang akan mengambil alih kerajaan negeri antara BN atau PH.

Menurut Hisommudin, berdasarkan data pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira 41% daripada jumlah pengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti adalah anak muda di bawah 40 tahun.

Di Kelantan dan Terengganu, angkanya lebih tinggi iaitu lebih 50% pengundi adalah anak muda bawah 40 tahun, katanya.

Menurut data yang ada, katanya, purata kematian bagi setiap Parlimen di Malaysia adalah kira-kira 1,000 pengundi berbanding PRU 2013 lalu sedangkan purata penambahan pengundi baru di kalangan anak muda adalah 4,000 setiap Parlimen.

"Kumpulan 21-25 tahun ini, mereka lebih pro BN kerana masih enjoy dengan kehidupan dan belajar dengan mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini


Golongan ini jugalah yang menjadi penggerak utama program remaja anjuran kerajaan sekarang termasuk IM4U (1Malaysia for Youth) yang dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada 2012.

Anak muda pula, katanya, terbahagi kepada dua kumpulan iaitu  kumpulan 21-25 tahun yang masih belajar dan kumpulan 25-39 tahun yang mula memasuki alam pekerjaaan dan berumahtangga.

Berbanding anak muda 21 hingga 25 tahun yang umumnya masih belajar, pengundi muda 25-39 tahun yang mula memasuki alam pekerjaaan dan berumahtangga lebih anti BN kerana mula merasai keperitan hidup dengan kos sara hidup yang tinggi.

Menurut Hisommudin, sebelum ini 63% pengundi muda adalah pro BN tetapi mengikut data terkini, penyokong BN sudah berkurang kepada sekitar 41% sahaja manakala 36% pro pembangkang dan 33% lagi atas pagar

"Yang atas pagar ini saya yakin akan lebih cenderung mengundi PH kerana tekanan kos sara hidup yang mereka mula hadapi dan tawaran yang lebih baik daripada PH. Lagi pun mereka ini terdedah dengan maklumat," kata Hisommudin.

Menurut SPR, sehingga 30 Jun 2017, ada 14,622,640 pengundi berdaftar di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 7,883,017 adalah pengundi Melayu, termasuk 3,637,312 pengundi Melayu generasi muda di bawah umur 39 tahun.

Daripada jumlah itu pula, 1,566,562 adalah pengundi Melayu di bawah umur 29 tahun tetapi tidak ada data khusus untuk pengundi di bawah 25 tahun yang kebanyakannya berada di pusat-pusat pengajian.

Johor tidak berubah

Sementara itu, Hisomuddin juga berkata, sikap pengundi Melayu di seluruh negara berbeza-beza mengikut umur, negeri dan kawasan tempat tinggal mereka; yang dekat dengan sumber maklumat beralih arah kepada pembangkang manakala yang di pendalaman kekal dengan BN.

Pengundi Melayu di Johor misalnya, yang tinggal di sekitar lebuh raya Utara Selatan (PLUS) mula berubah ke arah PH manakala yang tinggal di pendalaman khasnya di pantai timur Johor masih senang dengan Umno dan BN.

"Pengundi Melayu di sekitar laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru mula dilihat berubah tetapi pengundi di luar bandar khasnya pantai timur Johor seperti Mersing, Kota Tinggi dan Pengerang masih kekal dengan BN," kata Hisomuddin.

Kajian kumpulan fokus yang beliau buat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerang di bawah Parlimen Air Hitam dan kawasan Felda di Johor mendapati secara keseluruhannya, majoriti pengundi Melayu Johor masih mahu kekal bersama Umno berbanding berpindah kepada PH.

"Kelebihan di Johor ini, mereka mempunyai sistem dan pegawai kerajaan yang baik yang menyebabkan sistem penyampaian kerajaan berjalan dengan teratur dan rakyat gembira dengannya.

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini


"Namun, apabila dibandingkan antara zaman Dr Mahathir Mohamad dengan Najib, mereka akan kata zaman Dr Mahathir jauh lebih baik," katanya.

Kelantan bertukar

Suasana di Kelantan pula menunjukkan rakyat mahukan perubahan, kata Hisomuddin, namun Umno dan BN tidak dilihat ghairah untuk menyambut keadaan itu.

Beliau menjangkakan BN akan mendapat manfaat besar apabila berlakunya pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan PH.

"Semasa saya ke Kelantan baru-baru ini, suasana perbincangan di kedai-kedai kopi nampak jelas mereka mahu berubah. Tetapi mereka pertikai, mana aktiviti Umno, yang menunjukkan mereka sedia menerima perubahan itu.

"Yang jelas bergerak adalah PH," kata Hisomuddin mengulas kecenderungan pengundi Kelantan yang mahu berubah.

Beliau berpendapat PAS Kelantan bukan sahaja terancam di kerusi-kerusi yang mereka menangi dengan majoriti tipis dalam pilihan raya lalu, tetapi juga di kerusi yang mereka menang besar.

Daripada 32 kerusi yang PAS menang pada PRU13, 16 adalah kerusi marginal atau mempunyai majoriti kecil.

Betul Ke Pengundi Muda Cenderung Undi BN? Ikuti Analisis ini. "Bagi saya 16 kerusi ini akan terlepas daripada PAS. Tetapi yang menjadi isu sekarang adalah di kawasan 16 kerusi lagi yang dimenangi PAS dengan majoriti besar, PAS berpecah secara besar-besaran apabila lebih 30% ahli dan penyokongnya sudah lari kepada Amanah," katanya. – the malaysian insight






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...