Tuesday, 20 March 2018

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa kenyataannya telah diputar belit oleh media bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan.

Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) akan memecat pegawai tinggi kerajaan yang terbukti dengan sengaja melindungi penjenayah jika menang pada PRU14.

“Mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang tidak melakukan kesalahan itu, sebaliknya bersikap profesional memikul amanah untuk sentiasa menjaga kepentingan rakyat, tentunya tidak akan dipecat walaupun Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan.

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam. “Malangnya, ada beberapa pihak yang terus terpedaya dengan putar belit media itu, atau sudah pun makan suapan dedak dengan melaporkan kenyataan saya dengan salah,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bersatu.

Mukhriz yang juga Pengerusi Harapan Kedah yakin pegawai kerajaan di semua peringkat yang bersikap amanah dan bertanggungjawab selesa dengan keadaan bahawa mereka tidak akan dipecat oleh Harapan kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam


“Ironinya, pegawai-pegawai kerajaan yang menolak arahan untuk melindungi kesalahan serta merta digugurkan jawatan, atau ditukar jawatan.

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam. “Saya percaya bahawa beberapa pegawai tinggi kerajaan yang bersekongkol dengan kleptokrat, menghitung hari mereka akan digugurkan dari jawatan dan akan dihadapkan ke muka pengadilan seperti yang rakyat harap akan dilakukan oleh Harapan,” katanya. - sinar






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. media berat sebelah. cian politik negara kita kan..

    ReplyDelete
  2. tangkap lokapkn pegawai2 dedak. negara blh hancur kerana mereka itu pengkhianat rakyat dn YPD Agung.

    penderhaka

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...