Monday, 26 March 2018

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Media Sosial

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Media Sosial. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu bagi tempoh Januari tahun lepas hingga Februari tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, daripada jumlah tersebut, 80% daripadanya telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Media Sosial. Katanya, SKMM juga mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.

“Sejak Januari 2017 hingga Februari 2018, sejumlah 45 kertas siasatan telah dibuka oleh SKMM bagi kes berkenaan dengan penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial telah disiasat, dengan 4 kes telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Media Sosial


Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad mengenai perancangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...