Sunday, 18 March 2018

Azmin Ali Sound PAS

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

“Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? Mereka kena ikut prosedur, ikut peraturan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri semalam.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini meminta semua Adun PAS supaya berjumpa pegawai daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak 2 bulan lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya pada karnival berkenaan, Mohamed Azmin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya bagi 3 pilihan, Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Saya tak pilih kerusi Pekan atau Bagan Datuk,” katanya. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...