Tuesday, 13 March 2018

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. Selepas diserang perdana menteri di Parlimen semalam mengani kemelut air di Selangor lebih kritikal daripada hutang 1MDB, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah banjir di Pekan, Pahang.

“Projek Jambatan Sungai Jelok, satu lagi kejayaan Selangor mengatasi masalah banjir di Kajang untuk jangka panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. “Semalam, saya berang dalam Parlimen sebab soalan saya amat sopan kepada perdana menteri, saya tanya kepada kerajaan Malaysia tahun ini terpaksa belanjakan RM31 bilion semata-mata untuk bayar faedah hutang negara, maka saya tanya adakah kesan 1MDB, melompat mereka.

“Dia (Najib) boleh bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah daripada 1MDB. Memang benar isu air beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi 4 hari sahaja, hutang 1MDB 4 generasi kena, hutang berjumlah RM42 bilion.

“Bekalan air terputus memang beban kepada rakyat, tapi jangan salahkan kerajaan negeri, yang rosak meletup adalah akibat kerja-kerja Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) dan Splash bukan milik kerajaan negeri,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Aras Jambatan dan Projek Penstabilan Tebing Sungai Jelok di Kajang, hari ini.

Hadir sama Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak


Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Najib membangkitkan kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) jika hutang 1MDB memberi kesan kepada hutan negara.

“YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal,” kata Najib dengan senyuman semalam.

Sementara itu, Azmin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional menyerang kerajaan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab.

“Antara perkara yang diserang ialah hartanah dan rumah di Selangor mahal, rakyat tak dapat miliki. Kita nyata dan nak ulang sekali lagi, rumah mampu milik Selangorku 70% adalah nilai bawah RM200,000, hanya 30% nilai antara RM200,000 hingga RM250,000.

“Berbanding rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) RM400,000, kenapa ia tak diketengahkan?

“Saya nak ulang rumah mampu milik Selangor adalah rumah paling murah berbanding projek persekutuan atau negeri lain, walaupun hartanah mahal di Selangor, tapi kita berjaya pengaruhi pemaju besar supaya ambil tanggunjawab, jaga kepentingan rakyat.”

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak


Pada 7 Mac lalu, Najib mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

Beliau berkata, kelemahan lain kerajaan negeri adalah mengenakan cukai membebankan rakyat negeri, pengurusan sampah lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa peningkatan penyakit berjangkit. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...