Wednesday, 7 March 2018

AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB

AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB. Penerbit filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” bersetuju untuk membayar AS$60 juta (RM234 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian, susulan tuduhan ia mendapat keuntungan menerusi dana dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut majalah AS Variety.

Red Granite Pictures, yang dimiliki oleh Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Najib Razak, memfailkan ketetapan bersama dengan pendakwa raya AS semalam di mana ia tidak mengakui sebarang salah laku dalam skandal 1MDB.

AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB.  “Kami gembira akhirnya dapat mengakhiri semua ini dan tidak sabar untuk memfokuskan kembali perhatian kepada perniagaan filem kami  ,” kata syarikat itu dipetik sebagai berkata kepada Variety.

Syarikat penerbitan itu mencapai persetujuan penyelesaian dengan pendakwa raya pada September tahun lalu. Dalam penyelesaian semalam, syarikat itu bersetuju untuk membuat bayaran pelucutan hak menerusi tiga ansuran: AS$30 juta dalam tempoh 30 hari, AS$20 juta dalam 180 hari, dan bahagian akhir AS$10 juta dalam tempoh 180 hari selepas itu, kata laporan berkenaan.

Pendakwa raya AS memfailkan tindakan untuk merampas aset sivil terhadap syarikat itu pada Julai 2016, sebagai sebahagian usaha untuk mendapat bayaran balik lebih AS$1 bilion yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.


AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB


Pendakwa mendakwa Riza menggunakan lebih AS$100 juta diambil daripada 1MDB untuk membiayai “The Wolf of Wall Street,” “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home”. Beliau menafikan berkenaan penggunaan wang curi untuk membiayai filemnya.

Jabatan Kehakiman (DoJ) AS mendakwa usahawan hartawan Low Taek Jho, yang juga rakan baik kepada Riza dan Najib, sebagai dalang skim penipuan itu untuk mencuri AS$4.5 bilion daripada dana berkenaan.

Riza juga dituduh menggunakan wang 1MDB untuk membeli hartanah mewah, termasuk kondominium bernilai AS$35 juta di New York, rumah di London bernilai AS$41.8 juta dan rumah agam di Beverly Hills (AS$17.5 juta). Kerajaan juga memohon untuk merampas semua hartanah itu.

AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB


1MDB, syarikat diilhamkan oleh Najib yang ditubuhkan pada 2009 dan menjadi pengerusi dalam lembaga penasihatnya. Syarikat sarat hutang itu kini subjek siasatan kes pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Switzerland, Singapura dan AS.

AS Dedah Lagi Bukti Skandal 1MDB.  Najib berulang kali menafikan memainkan sebarang peranan dalam penyelewengan dana itu, dan Pejabat Peguam Negara membersihkannya daripada segala salah laku dalam kes itu. – the malaysian insight






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...