Wednesday, 14 March 2018

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?  Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?  Rafizi Ramli memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini kerana beliau tidak akan menjadi wakil rakyat pada sesi akan datang, selepas hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akibat sabitan bersalah dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), bulan lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu memohon maaf ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong, kerana sering mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak beliau menjadi wakil rakyat pada 2013.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? “Ini adalah ucapan terakhir saya memandangkan saya tidak bertanding dalam PRU akan datang. Saya nak ucap terima kasih kepada yang dipertua Dewan Rakyat, timbalan yang dipertua kerana selalu beri ruang kepada saya untuk berhujah.

“Saya ingin meminta maaf sekiranya kritikan saya pedas kepada kerajaan sejak 5 tahun lepas dalam dewan, ada yang melukakan hati ahli dewan sebelah sana (BN).

“Saya tidak pernah rasa benci dengan sahabat di sebelah sana, Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin) tidak ada, Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) tak ada hari ini, Tenggara (Datuk Halimah Mohd Sadique), walaupun Tanjong Karang (Tan Sri Noh Omar) kadang-kadang kritik saya dengan keras, sebenarnya kita baik di luar dewan.”

Naib presiden PKR itu berkata, beliau sekadar menjalankan amanah diberikan rakyat ketika mengkritik pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? 


“Kritikan saya adalah amanah yang dipikul sebab sebagai wakil rakyat, kita makan gaji, jadi tanggungjawab wakil rakyat pembangkang ialah memastikan kerajaan memegang amanah dengan sebaiknya yang diberi rakyat.

“Oleh itu, saya tidak boleh lari dari membawa perkara yang berkait rapat dengan rakyat, apatah lagi ini ucapan terakhir saya.

“Walaupun saya bersimpati dengan beban dan serangan kepada YB Pekan (Najib), itu tidak akan mengurangkan teguran saya pada beliau, walaupun ini ucapan terakhir kerana kerajaan masih lagi berdepan rakyat yang semakin tinggi menanggung beban,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada Rafizi atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat NFC dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2012.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? 


Rafizi dan bekas kerani bank, Johari Mohamad didapati bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan penyata akaun NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Salleh.

Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu Rafizi memfailkan rayuan.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang wakill rakyat hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...