Tuesday, 13 March 2018

Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14

Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14. Ahli–ahli parlimen menjangkakan parlimen akan dibubarkan pada awal April bagi membolehkan PRU14 dijalankan.

Menurut, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, Dewan Rakyat akan menyelesaikan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada minggu depan iaitu minggu ketiga Mac.

Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14. “Jadi selepas itu saya ingat parlimen akan dibubar pada minggu pertama April.

“Bermula 26 Mac kita akan bentang isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dan kemudiannya draf akta baharu menangani berita palsu. Apabila dua perkara itu selesai dibentang dan dibahas maka masanya sudah tiba untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan pembubaran parlimen,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun menurut Charles, isu yang menggusarkan pemimpin Pakatan Harapan ialah  adakah perdana menteri selepas menerima nasihat daripada  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat penukaran pelan yang dicadangkan SPR.

“ Hal ini  kerana  dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri secara peribadi boleh membuat perubahan kepada pelan yang dibawa oleh SPR.

“Jadi kita tidak tahu apa yang beliau akan lakukan, kita hanya akan tahu apabila perkara itu dikemukakan ke parlimen,” jelasnya.

Menurut beliau,berdasarkan pelan baharu persempadanan semula  keputusan pilihan raya sudah dapat ditentukan.


Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14


“Apabila pelan persempadanan  semula kawasan pilihan raya itu dibentangkan hari itu juga kita tahu siapa menang, siapa kalah.

“Sebab dalam sejarah penukaran persempadanan pilihan raya, BN menang...Kita Harapan kalau nak bangkang pun bergantung kepada perubahan," katanya.

Jangkaan sama turut disuarakan oleh, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, iaitu awal April kerajaan akan membubarkan parlimen.

“Saya tidak boleh sebut tarikh dengan tepat sebab saya bukan perdana menteri, tapi saya agak awal April.

Sementara itu, jelas,  Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, usul persempadanan semula kawasan pilihan raya sempat jika dibentangkan pada 19 Mac ini.

“Perdana menteri  boleh membubarkan parlimen lepas itu, ada masa untuk urusan pilihan raya sebelum Ramadan.

“Sama ada hujung April atau awal Mei kerana SPR memerlukan masa lebih kurang tiga hingga empat minggu  daripada tarikh pembubaran untuk persiapan pilihan raya.

"Tapi kalau bubar hujung bulan ini memang sempat,” ujarnya.

Mohd Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah akur dengan keputusan kerajaan kerana tiada kuasa untuk meminda.

“Kita mengikut sahaja apa yang berlaku kita bukan ada kuasa meminda, akur. Kerana saya rasa mana-mana pihak pun tidak berapa berminat untuk berdepan PRU14 pada  bulan puasa, kurang sesuai.


Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14


“Memang kita sasarkan bulan Mei, jadi apa- apa persiapan dari segi parti dan  Harapan, kita masuk di perigkat terakhirlah, manifesto, pembahagian kerusi dan juga pergerakan jentera,” katanya.

Namun,menurut Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek  , memilih tidak bercadang menganggu tugas eksekutif, perdana menteri.

“Perdana menteri kata buat kerja masing-masing,  kerja beliau jangan kita kacau.

“Kita bagi kepercayaan pada beliau kerana tugas kita ialah menguatkan parti dengan buktikan kita menang besar,” tegasnya.

Terdahulu, pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkinkan parlimen dibubarkan akhir Mac atau awal April bagi membolehkan PRU-14 diadakan.

Ahli Parlimen Berteka Teki Tarikh PRU14. Dilaporkan Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewat-lewatnya pada 26 Mac. -  sinar harian






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...